Hefny Sahad Akui Sudah Putus Cinta Dengan Uqasha Senrose

Hefny Sahad Akui Sudah Putus Cinta Dengan Uqasha Senrose

Sering berkongsi foto mesra dan pernah menyatakan hasrat untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai perkahwinan bersama, siapa sangka sebenarnya hubungan percintaan Hefny Sahad dan Uqasha Senrose sudah berakhir sejak awal tahun ini.

Hefny Sahad Akui Sudah Putus Cinta Dengan Uqasha Senrose
Hefny Sahad Akui Sudah Putus Cinta Dengan Uqasha Senrose


Perkara itu terbongkar apabila Hefny mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kes Uqasha terlibat dengan dadah kerana mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan. 

ARTIKEL MENARIK: Habis Puluhan Ribu Ringgit Untuk Kempen Dan Hanya Raih 90 Undian, Ini Respon Profesional Azwan Ali


Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya.

Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya. Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah.


Berbicara mengenai kes melibatkan bekas kekasihnya itu, Hefny mengakui beliau agak terkejut saat mengetahui berita tersebut. Bagaimanapun, Hefny meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mahupun memberikan komen lanjut  jika mereka tidak tahu apa yang terjadi disebalik penahanan Uqasha. Dalam erti kata lain, kalau tidak tahu lebih baik diam sahaja.


Gosip mereka putus cinta ini sudah lama menjadi bualan ramai, sejak bulan lalu rasanya. Peminat boleh menghidu ada yang tidak kena apabila Uqasha sudah memadam foto beliau bersama Hefny dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram lelaki itu. Nak buat macam mana, jodoh mereka nampaknya tidak lama meskipun sudah ada perancangan ke fasa yang lebih serius.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post