Header Ads

Guna Periuk Nasi Je Dah Boleh Buat Pai Susu Ala-Ala Kedai Pastri Mahal

loading...

Sebut sahaja pai, mesti ramai dalam kalangan anda yang fikir bahawa pencuci mulut ini amat rumit untuk dimasak bukan?

Guna Periuk Nasi Je Dah Boleh Buat Pai Susu Ala-Ala Kedai Pastri Mahal
Guna Periuk Nasi Je Dah Boleh Buat Pai Susu Ala-Ala Kedai Pastri Mahal
Mana tidaknya, rangkaian pai seperti pai telur, pai buah-buahan dan pai susu kebanyakkannya hanya boleh didapati di kedai-kedai pastri dan selalu dimakan oleh masyarakat Barat sahaja.

Bagi anda yang ingin mencuba, rupa-rupanya anda boleh buat pai hanya dengan menggunakan periuk nasi sahaja di rumah! Boleh cuba buat untuk sambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

ARTIKEL MENARIK: Resipi Kek Sarang Semut Menjadi, Selain Pakai Oven, Guna Rice Cooker Atau Bakar Atas Dapur Gas Pun Boleh!


PAI SUSU @ TART TELUR RICE COOKER

KULIT PAI (Crust)

2 cwn tepung gandum

1/2 cwn majerin

1 biji telor

Secubit garam

– Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat ditangan

– Bentuk ikut periuk masing-masing (contoh dalam pic)



Screen-Shot-2018-05-13-at-9.51.07-PM.png


FILLING

  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1/2 cawan air
  • 1 penutup esen vanila


Sedikit pewarna kuning telur (kalau tak letak pewarna pun tak api, tapi warna filling agak pucat)

Screen-Shot-2018-05-13-at-9.52.13-PM.png


– Gaul sekata

– Tuang atas kulit pai yang dah dibentuk dalam periuk

1. Buka api kecik. Masak 30 – 40 minit

Screen-Shot-2018-05-13-at-9.53.12-PM.png


2. Saya lapik loyang. Loyang TAK PERLU letak air (Bukan kukus ye)

3. Kulit pai TAK MELEKAT ye. Dah masak, tunggu sejuk sikit. Cungkil-cungkil tepi dia. 

Sengetkan periuk dan buatla gaya mana pun nak bagi dia keluar.

Screen-Shot-2018-05-13-at-9.54.17-PM.png


Dah boleh makan. Sedapnya!

Screen-Shot-2018-05-13-at-9.55.06-PM.png


Sumber : Empayar Annur


-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments