Header Ads

DS Najib Mengecam Pihak Polis Yang Ambil Makanan Dan Coklat Dari Peti Sejuk Rumahnya Ketika Serbuan.Begitulah Yang Rakyat Rasa Apabila Hak Milik Rakyat Diambil Sewenang-Wenangnya. Walaubagaimanapun,Sedikit Atau Banyak,Mengambil Yang Bukan Hak Tetap Haram…

loading...

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam pihak polis yang didakwa beliau makan makanan dan coklat dari peti sejuk ketika serbuan ke rumah anak-anaknya.

DS Najib Mengecam Pihak Polis Yang Ambil Makanan Dan Coklat Dari Peti Sejuk Rumahnya Ketika Serbuan.Begitulah Yang Rakyat Rasa Apabila Hak Milik Rakyat Diambil Sewenang-Wenangnya.Walaubagaimanapun,Sedikit Atau Banyak,Mengambil Yang Bukan Hak Tetap Haram…
DS Najib Mengecam Pihak Polis Yang Ambil Makanan Dan Coklat Dari Peti Sejuk Rumahnya Ketika Serbuan.Begitulah Yang Rakyat Rasa Apabila Hak Milik Rakyat Diambil Sewenang-Wenangnya.Walaubagaimanapun,Sedikit Atau Banyak,Mengambil Yang Bukan Hak Tetap Haram…
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Harpal Singh Grewal, Najib membangkitkan cara “tidak bertanggungjawab” serbuan polis itu dijalankan.

“(Ia) dicerminkan dengan cara kakitangan polis yang makan makanan dan coklat di dalam peti sejuk serta kemudiannya meminta makanan disediakan untuk mereka.

“Publisiti yang meluas sekitar rampasan itu yang sebenarnya hanya barangan peribadi kepunyaan anak-anaknya telah menyebabkan penghinaan yang teruk dan memalukan kepada keluarga tersebut.”


ARTIKEL MENARIK: Seorang Mufti DEDAH Mengenai Tun Mahathir Dan Kubur Yang Sungguh Menyentuh Hati!!


Keluarga itu mempersoalkan sebab-sebab rampasan barangan kepunyaan anak Najib.

Menyebut serbuan di Pavilion Residences, Harpal memberitahu pemberita hari ini dua unit kondominium itu didiami anak-anak Najib, iaitu Nor Ashman dan Nooryana Najwa.

Menurut Harpal, kedua-dua penghuni kediaman kondominium itu merayu jabatan siasatan jenayah komersil untuk “secepatnya memulangkan kesemua barangan peribadi dan mengelakkan untuk terus memalukan serta mendatangkan kesedihan kepada keluarga ini.”


“Tidak ada relevan dan tiada bukti prima facie (bukti yang munasabah) bagi serbuan dan rampasan itu dibuat,” kata Harpal.

Peguam itu berkata antara barangan kepunyaan Ashman yang dirampas adalah jam dan komputer riba, manakala pakaian, kasut serta pakaian bayi diambil dari kediaman Nooryana.

Selain daripada serbuan yang dijalankan di unit-unit kediaman berkenaan, 72 beg berisi wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama mewah juga dirampas dari dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences pada malam Khamis lalu.

Rampasan itu begitu besar sehingga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh tidak dapat memberikan anggaran nilai barangan rampasan tersebut.

Kredit - https://sayaphitam.com

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments