'Dia pernah dipenjara kerana kerana perjuang hak seorang gadis dirogol' - Kisah inspirasi perjuangan Lim Guan Eng

'Dia pernah dipenjara kerana kerana perjuang hak seorang gadis dirogol' - Kisah inspirasi perjuangan Lim Guan Eng

Nama Lim Guang Eng atau lebih dikenali sebagai LGE kini meniti di bibir rakyat apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakannya sebagai sebagai salah seorang menteri Kabinet dan beliau juga dikatakan antara calon yang akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

'Dia pernah dipenjara kerana kerana perjuang hak seorang gadis dirogol' - Kisah inspirasi perjuangan Lim Guan Eng
'Dia pernah dipenjara kerana kerana perjuang hak seorang gadis dirogol' - Kisah inspirasi perjuangan Lim Guan Eng
Keputusan itu sedikit sebanyak mengejutkan rakyat dan pelbagai persepsi yang dilontarkan mengenai situasi ini. Apabila diajukan soalan oleh media mengenai respon terhadap isu bangsa Cina yang pertama bakal memegang jawatan sebagai menteri kewangan, jawapannya cukup mudah.

“Saya adalah rakyat Malaysia, saya tidak melihat diri saya sebagai orang cina.”

Berdasarkan bebenang yang dimuat naik oleh Hazman Husni, LGE merupakan seorang ahli politik yang hebat. Walaupun berlainan bangsa dan agama, LGE tidak pernah menafikan hak orang Islam dan Melayu. Malahan, beliau dikatakan pernah memberikan sumbangan untuk pembinaan masjid.

ARTIKEL MENARIK: Inilah Tarikh Jangkaan GST Akan Dihapuskan Menurut Zeti Aziz- Mohon Rakyat Bersabar


DARIPADA Mat Sabu, kita beralih kepada Lim Guan Eng (LGE) pula. Ini adalah thread mengenai info ringkas Lim Guan Eng, latar belakang dan juga kes rogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang mengakibatkan dia dipenjara pada tahun 1997 dan benarkah Islam ditindas di Penang.

LGE mendapat pendidikan ijazah di Monash University dalam jurusan Ekonomi dan menjadi akauntan bertauliah pada tahun 1983. Tempohnya di universiti, dia juga pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society). Kemudian dia bekerja as senior executive di bank.

Kalau Tun M lantik Mat Sabu kerana pengalaman dan ketegasannya, jadi adakah menjadi satu persoalan lagi apabila LGE dilantik sebagai Menteri Kewangan disebabkan latar belakang akauntan dan ilmu ekonominya?

Ingat, LGE ambil pucuk pimpinan di Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN), berjaya kurangkan defisit hutang dari RM600 juta kepada RM0.00. Bukan setakat itu, Tun M perkenalkan lima orang elder councils untuk membantu tadbir negara antara pakar ekonomi Zeti Aziz dan Prof Jomo KS. Masih pertikaikan lagi?


Perbicaraan LGE pada tahun 1997, adalah perbicaraan mengenai kes rogol bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik. LGE dipenjara setelah memperjuangkan hak seorang gadis Melayu selepas Abdul Rahim tak didakwa langsung walaupun selepas mangsa kemukakan bukti.

1.jpg

LGE juga dikenakan Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan setelah mengedarkan risalah mengenai perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan keadilan di Malaysia. Pada masa ini, status Ahli Parlimennya dilucutkan secara automatik.

Bukan setakat itu saja, LGE telah dianiaya dan dikaitkan dengan isu rasuah dan menjadi bahan modal bekas kerajaan ketika itu (kini dikenali sebagai pembangkang) untuk menghukum dia dan melucutkan jawatannya di Parlimen Kota Melaka ketika itu.

Abdul Rahim Tamby Chik pula? Bebas. Kes ini mendapat perhatian Amnesti Antarabangsa dan anak Tun M, Marina Mahathir turut menzahirkan kesesalan terhadap satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang dikenakan terhadap LGE. Adakah LGE menyesal kerana perjuangkan nasib gadis Melayu tersebut? 

TIDAK SAMA SEKALI

Bahkan dia berkata, 

“Saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan serta perjuangan hak asasi manusia khususnya hak asasi wanita. Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggap sebagai pihak yang perlu bertanggugjawab bersama-sama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas”

Ya. Kita semua akui di zaman LGE ditangkap adalah zaman Tun M. Namun Tun M mengakui kesilapannya terhadap kepincangan sistem keadilan di Malaysia ketika itu. Namun bagaimana LGE yang ditangkap dan dipenjara ketika itu, adakah dia berdendam dengan Tun M sekarang? TIDAK.

Bahkan dia bersama-sama rakyat Malaysia yang lain, yang majoritinya yakin, bersama dengan Tun M untuk membetulkan segala kepincangan dan menyelamatkan Malaysia kembali.

LGE adalah anti Islam? Merepek. Tohmahan dan dakwaan bahawa azan dihalang adalah satu fitnah jahat sama sekali. Kebanyakan masyarakat Melayu telah didoktrinkan dengan fitnah jahat ini dan rasanya rakyat Malaysia perlu sama-sama ubah dan educate kembali pemikiran orang yang masih percaya.

Cuba teka berapa elaun Tok Imam masjid Pulau Pinang yang diberikan kerajaan negeri diterajui LGE? RM1,000. Cuba bandingkan dengan negeri lain berapa banyak pula. Itu belum lagi termasuk peruntukan lain sehingga MCA sendiri tegur LGE abaikan bangsa lain di Pulau Pinang. 

Saifuddin Nasution Ismail dari PKR pernah berkata, ada kariah masjid di Batu Maung minta bantuan pembinaan masjid daripada kerajaan pusat terpaksa ditolak sebab kerajaan tak ada dana. LGE sedar perkara ini dan terus meluluskan RM3 juta untuk pembinaan masjid Batu Maung. Masih mahu percaya bahawa LGE menindas Islam? 

Kepada yang percaya bahawa undi PH adalah untuk DAP perintah Malaysia dan seterusnya menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, adakah anda tidak percaya kepada perlembagaan? 

Itulah gunanya ilmu. Jangan jadi lembu yang dicucuk hidungnya. Ya. LGE juga terpalit dengan beberapa tuduhan rasuah di Pulau Pinang. Tapi ada bukti untuk dakwaan? Bahkan LGE tetap steady tadbir Pulau Pinang dan negeri itu terus tetap menjadi antara negeri terkaya di Malaysia. 

2.jpg

LGE berkata “I am Malaysian, I don’t see myself as a Chinese”.

Buat Lim Guan Eng, disebabkan kepakarannya dan ilmunya serta pengalamannya, ucapan selamat maju jaya ditujukan untuknya menjadi menteri kerajaan. Yes. We are all Malaysian and we are going to go through this together.

Rujukan: Utusan, Berita Harian, Laporan Audit Kewangan, buku-buku politik, individu politik daripada parti DAP.

Sumber: Hazman Husni

via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post