‘Dia Menggigil Kesejukan Dalam Tren, Berkaki Ayam Dan Ada Sekumpulan Perempuan Ketawakan Dia’ - Tindakan Lelaki Ini Bantu Pakcik Itu Buat Netizen Menangis

‘Dia Menggigil Kesejukan Dalam Tren, Berkaki Ayam Dan Ada Sekumpulan Perempuan Ketawakan Dia’ - Tindakan Lelaki Ini Bantu Pakcik Itu Buat Netizen Menangis

Terharu rasa hati bila baca perkongsian kisah selipar dari lelaki ini. Kisahnya mengajar kita betapa untungnya kita berbuat baik kepada sesama insan agar dunia ini menjadi lebih baik dan dipenuhi dengan orang yang baik-baik. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

‘Dia Menggigil Kesejukan Dalam Tren, Berkaki Ayam Dan Ada Sekumpulan Perempuan Ketawakan Dia’ - Tindakan Lelaki Ini Bantu Pakcik Itu Buat Netizen Menangis
‘Dia Menggigil Kesejukan Dalam Tren, Berkaki Ayam Dan Ada Sekumpulan Perempuan Ketawakan Dia’ - Tindakan Lelaki Ini Bantu Pakcik Itu Buat Netizen Menangis
TERNAMPAK pakcik ini menggigil dalam tren kesejukan sebab hujan. Dia berkaki ayam saja.

Ada sekumpulan perempuan ini, diorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus pada kaki pakcik itu sambil ketawa sesama sendiri.

Saya kasihankan pakcik ini tetapi nak bertanya, takut juga sebab pada mulanya aku fikir dia ini mungkin ada masalah ke apa, kan. Tetapi selepas sampai satu stesen itu, tempat duduk di sebelah saya berdiri ini kosong, jadi pakcik itu tadi duduk di situ. Betul-betul di sebelah saya. Waktu itu saya fikir banyak kali juga, nak tanya ke tak?

ARTIKEL MENARIK: Daim, Rais dan Rafidah dipecat dari UMNO serta-merta


Selepas hampir dua minit berfikir, saya tanya sajalah. Saya memang jenis lambat buat keputusan kalau bab nak menegur orang yang tidak dikenali ini.

“Aaa pakcik, mana selipar pakcik?”

Pakcik itu terus angkat muka dan memandang saya.

“Selipar kena hanyut arus longkang waktu solat Maghrib tadi,” jawabnya.

Okay, pertama saya terkejut sebab pakcik itu normal dan bukannya tak betul seperti apa yang saya fikirkan (negatif betul). Kemudian terkejut rupanya selipar dia hilang sebab dihanyutkan arus longkang ketika solat maghrib.

Kali ini aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg dan beri kepada pakcik itu. Tapi masa nak bagi itu saya terfikir kalau saya beri selipar saya, habislah kasut saya basah nanti nak redah hujan naik motosikal.


“Ah! Basah pun basahlah, dah ada niat nak tolong dia.”

Pakcik itu bila dia ambil selipar itu, muka dia macam bahagia ke apa entah. Tetapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Mungkin tadi segan dengan orang yang ketawakan dia sambil rakam video.


“You look good and handsome now, pakcik. Hahaha!”

Tiba-tiba datang seorang makcik ini pula. Dia datang ke sebelah saya dan tegur saya.

“Dik, nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ini. Kasihan pakcik itu sejak tak ada selipar. Yang lain semua ketawakan dia,” katanya.

Masa itu budak-budak perempuan yang buat story itu diam saja. And guess what, ini ‘gula-gula’ yang makcik itu maksudkan. Dia bagi duit weh! Bapak banyak! Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan saya ambil saja pemberian makcik itu. Jadi saya terima sajalah.

Weh! Bapak segan, orang sekeliling tengok saja apa yang terjadi. Makcik itu siap kata,

“Ambillah duit tu, buat beli selipar baru ganti yang tadi,” katanya.

Saya pun berterima kasih kepada makcik itu. Dan perjalanan diteruskan seperti biasa sehingga saya tiba di stesen destinasi saya sepatutnya berhenti.

Sampai di stesen, ada kedai runcit, saya ternampak ada jual selipar murah. Jadi dengan duit pemberian makcik tadi saya bolehlah beli selipar baru, ganti semula selipar saya yang diberikan kepada pakcik tadi. Oh ya, siap boleh beli air favourite. Hehe!

Saya nak redah hujan masa itu, hujan lebat sangat dan bahaya kalau redah sekarang. Jadi saya ambil masa sekejap untuk muhasabah semula apa yang terjadi tadi sambil minum air kotak yang dibeli.

Allah beri ganjaran bila saya menolong pakcik itu. Dia gantikan selipar saya yang sudah lama itu dengan selipar baru. Bersyukur sangat bila dapat ganjaran cash dari Allah seperti ini.

Saya harap pakcik itu gembira, seperti mana saya gembira dapat menolong dia dan ditolong semula oleh makcik pemurah tadi. Dan harapnya makcik yang pemurah itu Allah akan hantarkan orang lain pula untuk bagi satu kebaikan kepada makcik itu.

Dan bukan kami bertiga saja, malah budak-budak perempuan yang ketawakan pakcik itu pun harapnya dapatlah bukti bila kita berbuat baik ini akan dibalas dengan kebaikan juga. ORang yang ada dalam gerabak itu, yang menyaksikan kejadian itu tadi juga dapat belajar sesuatu. InshaAllah.

Saya punya berangan ini, saya terfikir sesuatu. Kalau dalam gerabak ini kami ditunjukkan dengan kebaikan seperti ini, gerabak-gerabak yang lain ada tak orang buat kebaikan untuk penumpang-penumpang yang lain di situ?

Cuba bayangkan kalau setiap gerabak kita saksikan kebaikan walaupun satu kebaikan saja. Contohnya beri tempat duduk kepada mereka yang memerlukan, bukan orang yang buat itu saja mendapat manfaatnya tetapi orang lain dalam gerabak itu juga dapat melihat betapa indahnya jika berbuat baik sesama insan dan tren ini dikepung dengan kebaikan.

Bila tren dikepung dengan kebaikan, keluar saja dari tren masing-masing sebarkan kebaikan itu kepada orang lain dan orang lain terus berikan kebaikan kepada orang lain.

Saya jadi teruja bila bayangkan akhirnya kita kepung dunia ini dengan kebaikan. Hahaha.

Semoga Allah terus meletakkan kita dalam persekitaran yang baik agar dapat terus berbuat baik dan menjadi superhero untuk orang lain. Thanks for today! Alhamdulillah.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post