Berumur tapi bukan biasa-biasa.Inilah barisan ‘The Real Avengers’ untuk Malaysia.

Berumur tapi bukan biasa-biasa.Inilah barisan ‘The Real Avengers’ untuk Malaysia.

Mereka dihormati dan digeruni kerana kebijaksanaan berfikir dan mengurus Hal Ehwal Ekonomi. Mereka bukan ahli politik, tetapi mereka adalah ahli perniagaan dan pakar ekonomi yang amat diperlukan sekarang untuk menasihati kerajaan baru Pakatan Harapan.

Berumur tapi bukan biasa-biasa.Inilah barisan ‘The Real Avengers’ untuk Malaysia.
Berumur tapi bukan biasa-biasa.Inilah barisan ‘The Real Avengers’ untuk Malaysia.
Lima Si Tua yang bukan biasa-biasa.

1. Tun Daim Zainuddin, merupakan bekas Menteri Kewangan dan seorang Ahli Pernigaan yang amat berjaya. Memulakan bisnes pertama dengan menjual garam.

Sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beberapa projek penswastaan telah dijalankan dan akhirnya berkesan.Polisi beliau yang terkenal ialah, pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri.

Malaysian Airline System Bhd., (MAS) Tenaga Nasional Bhd., (TNB), Airod, Projek Lebuhraya Utara Selatan dan sebagainya ialah contoh kejayaan dasar penswastaan. Bukan itu sahaja, Daim telah berjaya menghasilkan ramai usahawan Melayu, korporat-korporat Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

ARTIKEL MENARIK: 'Pelantikan Mat Sabu, Guan Eng dan Muhyiddin belum muktamad' - Rafizi


2. Tan Sri Hassan Merican, merupakan seorang ahli ekonomi, akauntan berjaya dan ahli korporat. Beliau adalah antara orang yang bertangungjawab membangunkan Petronas.

Hassan menjadi Pro Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang terletak di Seri Iskandar, Tronoh, Perak. UTP ditubuhkan pada 10 Jan 1997.Beliau menjadi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka padA 2009. Anugerah ini diberi mengikut kategori Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (1986 – 1994 ). Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jawatankuasa panel pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen

3.Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 郭鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923) merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut

Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinasional, Kumpulan Kuok.

Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.


Robert Kuok, merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau pernah direkodkan sebagai orang paling kaya di Malaysia dan antara 6 terkaya di Adia Tenggara. Terkenal dengan jolokan Raja Gula dan Raja Minyak masak.

4. Tan Sri Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, merupakan Gabenor Bank Negara yang ke-7. Beliau juga merupakan orang yang terbukti mempunyai kepakaran dalam ekonomi. Bermula sebagai penganalisis Ekonomi, beliau juga pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah.

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae(Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah)

5. Jomo Kwame Sundaram, merupakan seorang pakar kajian ekonomi dan penganalisis terbilang. Beliau banyak terlibat secara langsung dengan pelbagai Institut Kajian Ekonomi dan United Nation.

Jomo Kwame Sundaram (dilahirkan pada 11 Disember 1952), dikenali sebagai Jomo , ahli ekonomi terkemuka Malaysia, yang telah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dorsett) sejak tahun 2005.

Seluruh Malaysia bersyukur dengan pengumuman ini. Terima Kasih Tun Mahathir. Mereka adalah the real Avengers. Mereka adalah The Magnificent Five.

Tidak ada sesiapa pun boleh menafikan kehebatan orang tua yang lima orang ini. Mereka bukan biasa-biasa. Mereka akan membantu Malaysia kembali gemilang di mata dunia. Apabila ekonomi negara kita Malaysia stabil, kehidupan kita dan masa depan anak cucu kita akan lebih terbela. Hidup Malaysiaku!

Tekan Share tanda suka, sokong dan mahu melihat Malaysia kembali gemilang.

Kredit: Ikram Al-Banjari
Rujukan Wikipedia
Disediakan oleh: Suaramedia.org



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post