DUBAI – EMIRIAH ARAB BERSATU. Seorang lelaki di Dubai nekad menceraikan isterinya yang baharu dikahwininya selama 15 minit.
Berang Bapa Mertua Mata Duitan,Seorang Lelaki Menceraikan Isterinya Hanya Selepas 15 Minit Berkahwin…. |
Keputusan itu dibuat selepas lelaki tersebut berasa ‘terhina’ dengan tuntutan hantaran oleh bapa mertuanya.
Ketika kejadian itu, pengantin lelaki tersebut menyerahkan hantaran 50,000 dirham (RM54,160) seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dan baki wang tersebut akan diberikan selepas majlis meraikan hari bahagia mereka.
Bagaimanapun, bapa pengantin perempuan tidak sabar dan terus mendesak supaya dia memberikan kesemua wang 100,000 dirham (RM108,320) tersebut.
ARTIKEL MENARIK: Dari Penjara Ke Putrajaya, Inilah Gambar-Gambar Lipatan Sejarah Insan Yang Bergelar Sebagai Pejuang Rakyat
Lelaki terbabit berasa terhina dengan perbuatan bapa mertuanya dan dia bertindak menceraikan wanita itu di hadapan seluruh keluarga dan rakan mereka.
Sebelum ini, perkahwinan terpendek dalam sejarah Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlangsung selama beberapa saat.
Kejadian pada 2012 itu berlaku apabila pengantin lelaki berang selepas bapa mertuanya meminta supaya anaknya dibenarkan untuk terus bekerja.
Post a Comment