Bayi satu bulan maut di baham anjing

Bayi satu bulan maut di baham anjing

Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan memilukan dengan beberapa kesan gigitan berdekatan surau di Jalan Delima, Bandar Parkland, Klang, hari ini.

Bayi satu bulan maut di baham anjing
Bayi satu bulan maut di baham anjing

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat berusia lingkungan sebulan itu ditemui lelaki warga Indonesia pada 9 pagi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kami dapati terdapat bayi perempuan di atas jalan berdekatan surau itu dalam keadaan badan sudah mengeras.

“Penolong pegawai perubatan yang kemudiannya tiba di tempat kejadian pada 9.45 pagi mengesahkan bayi perempuan itu sudah tidak lagi bernafas.

ARTIKEL MENARIK: 5 Perkara Paling Misteri Tentang Rosmah


“Siasatan lanjut ke atas mayat bayi perempuan itu mendapati ada beberapa kesan darah dipercayai akibat digigit ajing di bahagian badan dan kepala,” katanya.

Shamsul Amar berkata, turut ditemui beberapa lampin pakai buang serta beg berisi pakaian berdekatan dengan lokasi mayat bayi perempuan itu ditemui.

Beliau berkata, tiada kamera litar tertutup (CCTV) ditemui di surau itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.


“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan bedah siasat akan dilakukan esok bagi mengetahui punca kematiannya.

“Kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan

Eberita



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post