Top Ad 728x90

Saturday, 12 May 2018

Apandi Ali Bukan Peguam Negara Lagi. – Tun Dr Mahathir

loading...

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata buat masa ini tiada peguam negara berkhidmat untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Apandi Ali Bukan Peguam Negara Lagi. – Tun Dr Mahathir
Apandi Ali Bukan Peguam Negara Lagi. – Tun Dr Mahathir
“Buat masa ini kita tak ada peguam negara,” kata perdana menteri menjawab soalan wartawan yang memenuhi sidang media beliau di Petaling Jaya petang ini.

Kata Dr Mahathir, kerajaan mengenakan sekatan tertentu ke atas sejumlah pegawai kerajaan.
Menurutnya langkah itu dilakukan selepas kerajaan berpendapat individu berkenaan terbabit dalam salah laku, atau membuat keputusan yang tidak betul.

ARTIKEL MENARIK: “Ya saya sekat Najib sebab…”


Beliau sebelum itu ditanya mengenai nasib Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik Datuk Seri Najib Razak mengisi jawatan peguam negara sejak Julai 2015.

Apandi, 68, yang sebelum ini aktif dalam Umno dan pernah berkhidmat sebagai hakim dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, 62, ketika siasatan mengenai skandal 1MDB giat dijalankan.

Kerajaan memberitahu Abdul Gani meletak jawatan atas faktor kesihatan.

Mengenai skandal 1MDB, Apandi mengesahkan Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dan tiada tindakan undang-undang akan diambil.

Ia berbeza dengan pendirian HARAPAN yang mendesak siasatan menyeluruh dilakukan ke atas Najib – ketika itu menjadi perdana menteri – serta 1MDB.


Sementara itu Apandi yang dihubungi Malaysiakini bagi mengulas mengenai statusnya, enggan memberi sebarang komen.

“No comment, thank you,” katanya ringkas.

Untuk rekod Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan menyatakan penamatan khidmat seseorang peguam negara sebagai: “… tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.”

Semalam Dr Mahathir mendakwa Apandi terlibat menyembunyikan bukti salah laku dalam skandal 1MDB.

“Dia, malah, menyembunyikan bukti salah laku dan ini salah di sisi undang-undang,” kata perdana menteri.

Mengulas kenyataan itu kemudian, Apandi menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Saya tidak buat apa-apa salah. Bagaimanapun, buat masa ini saya tunggu dan lihat dulu.

“Apa yang paling penting, kedaulatan undang-undang akan ditegakkan dan apa pun tindakan oleh seseorang harus berdasarkan undang-undang, terutamanya undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Persekutuan,”

Sumber: Malaysiakini.

Sumber : wartawanjalanan.com

-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90