Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak mendapat layanan baik dalam siasatan polis yang dijalankan ke atas dirinya. – Foto The Sun Daily
“Anak saya bukan kahwin dengan orang yang dapat BR1M,” – Najib dedah anak dia kahwin dengan bukan calang2 orang |
“Apa kasut bayi pun diambil. Kasut Adam yang beberapa bulan juga diambil, hadiah perkahwinan anak saya juga diambil. Apa kena-mengena 1MDB dengan kasut anak saya dan hadiah perkahwinan?
“Kalau hendak ambil barang mesti ada bukti, mesti ada prima facie bahawa harta yang diperolehi secara tidak sah atau bertentangan undang-undang.”
Katanya, tidak menghairankan jika anaknya mendapat barangan berharga tinggi sebagai hadiah perkahwinan memandangkan birasnya mempunyai status di Kazakhstan.
ARTIKEL MENARIK: “Di Washington, saya menangis seperti budak kecil depan Mat Salih” – Pengarah SPRM dedah pengalaman menakutkan semasa siasat SRC-1MDB yang melibatkan bekas PM
“Tidak layak ke anak saya dapat hadiah perkahwinan? [Nooryana @ Gina] Dia kahwin dengan keluarga yang sedikit sebanyak ada kemampuan di Kazakhstan, saya tak mahu cakaplah – tengok rumahnya, bukan orang dalam kumpulan B40, bukan orang yang dapat BR1M.
“Jadi, kalau besan saya hendak bagi sesuatu apa salahnya? Di Kazakhstan apa kaitan dengan 1MDB? Tidak ada.
“Orang Pekan tahu saya bukan pencuri, ” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan cawangan Umno dan sayap bahagian Pekan, di Pahang hari ini.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.
Najib yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire itu tiba pukul 9.42 pagi dengan kawalan ketat daripada anggota polis.
Urusan Najib dengan SPRM belum selesai, jumpa lagi Khamis ini
DATUK Seri Najib Tun Razak meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang selepas disoal siasat selama beberapa jam pada Selasa.
Dalam komen ringkasnya kepada media, Najib berkata beliau akan kembali untuk disoal siasat lebih lanjut pada Khamis.
Kredit - Media 2060
Post a Comment