PETALING JAYA: Kontroversi membabitkan anak-anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak berkesudahan dan kali ini pula mereka disangka anak angkat jutawan itu.
“Anak Angkat Ke? Ambil Kat Mana?” Netizen Persoal Status Anak Aliff Syukri |
“Ramai sangat dok DM (direct message) saya tiga-tiga ni @qadejah @ammarahyan @baem_adham ni anak angkat juga ke? Siap tanya ambil dekat mana?
ARTIKEL MENARIK: Muat Naik Gambar Salah ‘Parking’ Adik Di Ig, Selepas Ismail Izzani Kini Giliran Nur Sajat Pula Terima Komen Nakal
“Mereka anak kandung sayalah semua. Kesian je tak pasal-pasal kan,” ujar Nur Shahida yang kini sedang sarat mengandung anak keempat.
'Posting' Nur Shahida yang menjelaskan mengenai tiga anak kandungnya.
Nurshahida berkata, beliau melahirkan Ammar Ahyan, Qadejah dan Ibraheem, masing-masing semasa usianya 23, 25 dan 27 tahun.
“Jadi sekarang saya sedang hamil anak yang keempat. Semua bersalin secara normal. Jadi janganlah salah faham lagi ya,” katanya.
Selain tiga anak kandung, Aliff dan Nurshahida juga mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia lapan bulan dan Qayyum enam bulan.
Sebelum ini pasangan itu dikritik selepas Aliff memuat naik dua video menunjukkan ketiga-tiga anaknya menangis selepas dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.
Namun Aliff menjelaskan bahawa tujuannya adalah mahu anak-anaknya lebih berdikari dengan membuat kerja rumah tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah semata-mata.
Nur Shahida kini hamil anak keempat.
Sumber: mStar Online
Post a Comment