Siapa yang tidak kenal dengan isteri kepada Chef Selebriti atau penyanyi Datuk Fazley Yaakob, Azrene Ahmad!
‘Allah Makbulkan Doa Rakyat & Kami Sekeluarga…’ Anak Rosmah Mansor Buka Cerita A-Z |
Lebih lagi kontroversinya apabila umum tahu dia merupakan anak kepada isteri bekas Pedana Menteri Malaysia ke-6, Rosmah Mansor.
Rupa-rupanya siapa sangka, selama ini Azrene banyak memendam rasa tidak puas hati, kecewa dan marah terhadap ibunya itu.
ARTIKEL MENARIK: “Duit Cukai Aku Bayar BR1M Kau, Sedar Sikit!”
Oleh kerana semalam merupakan hari terakhir Datuk Seri Najib Razak diumumkan sebagai Pedana Menteri Terakhir Malaysia, Azrene bertindak berani untuk membuka apa sebenarnya yang terbuku di hatinya selama ini.
“Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah berdoa. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka, menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka.
“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan antara mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal dan mental secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan penyalahgunaan sama yang dilakukannya ke atas orang di sebelah kanan (Najib).
“Saya menyaksikan banyak kesalahan, kesepakatan dan jabat tangan kedua-duanya yang dibuat untuk kepentingan kuasa dan untuk memuaskan selera mereka yang begitu tamak.
“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang di sebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai, dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.
Malah, Azrene menjelaskan bomoh, ahli sihir, doktor estetik dan sebagainya sering sahaja berada di laluan rumahnya atas beberapa sebab dan untuk membahayakan sesiapa sahaja yang cuba ‘silang’ (menentang) mereka.
“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik, dan sebagainya berjalan di laluan rumah saya atas sebab yang berlainan, tetapi kebanyakannya untuk mendapat kekuasaan ke atas rakan sebaya mereka dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk ‘silang’ mereka.
“Banyak akaun luar negara dibuka untuk menyalurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi keluli penuh barang kemas, batu permata dan wang tunai yang dipungut. Menjadi keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara ini langsung tidak menyeronokkan.
Lebih memeranjatkan, Azrene menjelaskan turut menjadi mangsa penjualan dengan perkahwinan bidaan tertinggi untuk membantu mereka memperolehi kelebihan politik.
“Mereka cuba menjual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan dapat membantu mereka memperoleh kelebihan politik dan sosial. Keserakahan, keseronokan, dan kebanggaan yang tumbuh dalam setiap langkah yang semakin mendekatkan mereka kepada kedudukan teratas.
“Tidak ada yang dapat menghalang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila kerakusan ini kemudiannya menumpukan perhatian kepada saya dan menjadi terlalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, diri saya sendiri dibuang dari keluarga malang ini.”
Bukan itu sahaja, setelah membuat keputusan untuk berumah tangga dengan lelaki pilihannya setelah berhempas pulas meyakinkan mereka untuk melepaskannya dari ikatan kekeluargaan ini, ahli keluarga barunya pula diganggu dengan macam-macam ancaman.
Azrene turut memberitahu sebelum melangkah kaki meninggalkan rumah, dia sempat berkata kepada mereka dirinya yakin suatu hari nanti Allah akan menghukum kamu kerana mengkhianati orang-orang yang sepatutnya kamu lindungi.
“Hari saya meninggalkan rumah, saya memberi amaran kepada kamu, individu yang terpilih untuk berkhidmat adalah atas kehendak rakyat. Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat bukannya sebaliknya. Akan tiba suatu hari nanti orang akan menghukum kamu di atas segala pelanggaran yang telah dilakukan terhadap mereka. Akan tiba juga Tuhan akan menghukum kamu atas pengingkaran kamu melindungi mereka.
“Hari ini saya ingin berikan sedikit mesej kepada kamu berdua, adik beradik satu talian darah yang terlibat dalam skandal ini, kepada sesiapa yang berkolaborasi dalam konspirasi sehingga sanggup mengadaikan orang-orang yang tidak bersalah hanya kerana wang tunai, tuhan telah memakbulkan doa rakyat dan keluarga saya! Akhirnya kamu telah dibuang keluar.
“Sebagai salah seorang darah daging dalam ahli keluarga ini, saya harap kamu belajar dari pengalaman ini dan bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar.
“Semoga Allah memberi belas kasihan kepada jiwa hitammu. Hanya dia maha mengetahui dan pengampun!” tulisnya panjang di status Facebook.
Selain Azrene, suaminya Fazley juga turut membuat sedikit luahan di Instagram miliknya.
Sumber : mediahiburan.my
Post a Comment