9 Fakta Disebalik Kes Nur Alya Damia, Pelajar Vokasional PD Yang Dijerut Mati

9 Fakta Disebalik Kes Nur Alya Damia, Pelajar Vokasional PD Yang Dijerut Mati

9 Fakta disebalik Pembunuhan Nur Alya Damia

9 Fakta Disebalik Kes Nur Alya Damia, Pelajar Vokasional PD Yang Dijerut Mati
9 Fakta Disebalik Kes Nur Alya Damia, Pelajar Vokasional PD Yang Dijerut Mati


9 Fakta disebalik Pembunuhan Nur Alya Damia|Remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dibunuh di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson semalam telah pun selamat di kebumi di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di Klang, jam 6.50 petang tadi.

ARTIKEL MENARIK: Bertengkar sebelum dicekik sampai mati


Misteri pembunuhan Nur Alya Damia Hairi sehingga kini masih lagi dalam siasatan pihak polis Daerah Port Dickson.

Merujuk kepada tajuk berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu berkait pembunuhan Nur Alya Damia Hairi .

1.Menurut siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek (bekas teman lelaki) dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan pergi ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

2.Sementara rekan mangsa, Ain Zulaika Zamuri, 19 berkata, Nur Alya Damia sebelumnya telah memaklumkan dia mahu keluar dari asrama kolej untuk bertemu dengan lelaki yang juga merupakan pelajar kolej yang sama di kawasan berhampiran pada jam 9 malam.

3.Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Ain kemudian menghubungi lelaki itu dan terkejut apabila dimaklumkan dia tidak bertemu dengan Nur Alya Damia.


4. Jam 10.30 malam Izwan Mustaffa, 30, menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya. Izwan yang dalam ketakutan kemudian memaklumkan penemuan yang mengejutkan itu kepada jiran sebelum menghubungi pihak polis.

5.Ain dan dua rakan sebilik yang lain bertindak mencari mangsa dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, mereka ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul di tepi jalan.

6.Susulan penemuan mayat itu 15 menit kemudian polis telah menahan seorang pelajar lelaki dari kolej yang sama dipercayai bekas teman lelaki mangsa.

7.Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya

8.Menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat mangsa di tepi Japan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam.

9.Kali terakhir arwah dilihat sangat riang dalam kelas sehingga ditegur oleh pensyarah yang turut hairan dengan kelakuan arwah ketika itu.

Laporan awal,

Bapa Sebak Kenang Permintaan Terakhir Arwah Nur Alya

zwq-1.jpg


Bapa Sebak Kenang Permintaan Terakhir Arwah Nur Alya|“Sepatutnya petang ini dia balik ke Klang selepas habis kuliah. Tak sangka kami menjemputnya dalam keadaan macam ini,” kata Hairi Jamil, 45, bapa Nur Alya Damia, 19, pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) mangsa pembunuhan di Taman PD Permata, Port Dickson, malam tadi.

Hairi berkata, anaknya itu turut menghubunginya Rabu lalu minta carikan tempat latihan amali di Klang kerana Nur Alya tak mahu berjauhan dengan keluarga lagi.

Ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson (HPD) pagi ini, Hairi berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu akan menamatkan pengajian Diploma Rangkaian Komputer tidak lama lagi.

“Dia kata mahu cari tempat latihan amali di Klang atau Shah Alam supaya dekat dengan keluarga. Lagi pun katanya, dia akan tamat belajar tidak lama lagi,katanya.

Apabila mengenang kembali semula permintaan anaknya itu yang mahu dekat dengan keluarga,Hairi turut merasa seebak.

Hairi berkata lagi, dia sekeluarga pasti merindui Nur Alya yang mesra dengan panggilan Kak Long kerana arwah seorang anak yang baik dan periang.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu pada minggu lepas apabila arwah balik ke rumah di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu dan saya membenarkan dia membawa Proton Waja milik saya balik ke kolej. Dalam masa yang sama, dia boleh menghantar adiknya (Mohd Nabil, 16) ke Asrama Sekolah Menengah Teknik Seremban,” katanya.

Menurutnya, Nur Alya Damia tinggal menyewa rumah di Taman Selasih bersama tiga lagi rakan sekuliahnya yang terletak tidak jauh dari kolej.

Hairi berkata, dia dan isteri Hanayati Yaakob, 44, reda dengan ketentuan ini dan membawa jenazah pulang ke Pandamaran untuk dikebumikan selepas bedah siasat selesai dilakukan.
Sementara itu, tinjauan NSTP di bilik mayat HPD mendapati ramai ahli keluarga dan rakan kolej arwah menunggu untuk proses bedah siasat selesai sebelum dibawa pulang dan dikebumikan di Pandamaran dijangka selepas Asar petang ini.

Terdahulu, pada 10.30 malam tadi, mayat Nur Alya ditemui oleh orang awam di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini yang kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Rakan serumahnya, Ain Zulaika Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekuliahnya itu keluar pada 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.

Suspek Bunuh Nur Alya Bukan Orang Lain Rupanya

geee-1.jpg


Suspek Bunuh Nur Alya Bukan Orang Lain Rupanya|POLIS menahan bekas teman lelaki pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dibunuh sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, suspek berusia 19 tahun ditangkap di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut kira-kira satu kilometer dari tempat mayat ditemukan.

Katanya, suspek yang juga penuntut KVPD itu ditahan kira-kira 15 minit selepas mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 ditemui oleh penduduk pada 10.30 malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.

Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja itu di tepi jalan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman hari ini,” katanya.

Penuntut kolej mati kena bunuh

344-1.jpg


Penuntut kolej mati kena bunuh|”Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.

Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Menurut Ain Zulaika Zamuri, 19 berkata, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.

Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.

“Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan.

“Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia).
“Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.

Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.

Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.

Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.

Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.

Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.

“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

credits : eberita

SUMBER : speakerpecoh

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post