(6 Gambar) Mayat 3 pelajar hilang ditemui dalam tong asid

(6 Gambar) Mayat 3 pelajar hilang ditemui dalam tong asid

Tiga pelajar bidang perfileman di sebuah universiti tempatan di sini, yang dilaporkan diculik lima minggu lalu disahkan maut, berikutan penemuan tiga tong berisi asid di sebuah rumah di Tonala, iaitu lokasi mereka membuat penggambaran.

(6 Gambar) Mayat 3 pelajar hilang ditemui dalam tong asid
(6 Gambar) Mayat 3 pelajar hilang ditemui dalam tong asid
Mangsa, Salomon Aceves Gastelum, 25; Daniel Diaz, 20; dan Marco Avalos, 20, dilaporkan hilang pada 19 Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan penggambaran filem di Guadalajara, Mexico.

Mereka adalah pelajar Universiti Media Audiovisual.

Menurut saksi, pelajar terbabit dipercayai ditahan sekumpulan enam hingga lapan lelaki, sebelum dibawa lari dengan menaiki sebuah kenderaan lain.

ARTIKEL MENARIK: Tali Gantung Diri Tiba-Tiba Gaib



Ketua penyiasat, Lizette Torres, berkata penculik dipercayai mempunyai kaitan dengan kartel dadah Jalisco New Generation, iaitu sindiket penjenayah yang amat berpengaruh di kawasan berkenaan.
“Setakat ini tiada bukti yang menunjukkan semua mangsa mempunyai kaitan dengan mana-mana kartel,” katanya.
Namun, beliau berkata, pihak penyiasat percaya ahli keluarga salah seorang pelajar itu terbabit dalam persaingan kartel dan pembunuhan itu mungkin bermotifkan dendam.
“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mangsa dalam tong berisi asid terbabit,” kata Torres. – AFP














via Blog Berita Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post