3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman

3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman

Tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian amuk, petang tadi, lapor Berita Harian.

3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman
3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh di Rungkup, tiga mangsa yang merupakan adik beradik maut, manakala empat lagi mangsa parah termasuk ibu mangsa serta dua pelajar sekolah yang belum dikenali pasti identitinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ketika kejadian, suspek yang dipercayai kurang siuman itu telah menceroboh masuk ke sebuah rumah yang didiami tiga mangsa dan ibunya.

Suspek yang bersenjatakan parang kemudian melibas ketiga-tiga mangsa sehingga mengakibatkan kematian, manakala ibu mangsa cedera parah. Selepas kejadian itu, suspek pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam.

ARTIKEL MENARIK: Semua Orang Tercengang Bila Dapat Tahu Sejumlah Wang Yang Ada Dalam Akaun Zahid Hamidi. Memang Tak Masuk Akal Sungguh.


Menurut seorang penduduk kampung yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata, suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.

"Sejak dua tiga hari lalu, dia kelihatan seperti tidak berapa sihat dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan sebegitu kejam di hari pertama berpuasa," katanya.




1.jpg

2.jpg

1.jpg

Berdasarkan maklumat orang awam, polis berjaya menahan suspek dan turut merampas senjata yang digunakan oleh suspek untuk siasatan lanjut.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan menerima rawatan lanjut. Polis kini sedang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber Viral Purba https://ift.tt/2rOO48d

 via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post