Wanita maut terpersorok bawah lori

Wanita maut terpersorok bawah lori

Wanita maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terperosok di bawah lori di Kilometer 25.1 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Puchong ke Putrajaya, Serang, malam tadi.

Wanita maut terpersorok bawah lori
Wanita maut terpersorok bawah lori

Dalam kejadian 8.20 malam itu, mangsa, Nur Diyana Farhana Abdul Shukur, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut di lokasi terbabit pada 9.40 malam.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Suami penggal kepala isteri dan buang dalam tong sampah


“Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo hilang kawalan dan terbabas sendiri menyebabkan dia terjatuh.

“Mangsa kemudian terperosok di bawah lori yang datang dari arah sama dan tidak sempat mengelak mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post