Wanita 50 tahun simbah kekasih dengan cuka getah hingga maut

Wanita 50 tahun simbah kekasih dengan cuka getah hingga maut

Lelaki , 34, maut akibat disimbah cuka getah ketika bergelut dengan kekasihnya yang berusia 50 tahun, dalam kejadian di rumah kedai di Jalan Tembusu, Bandar Tiram di Johor Bahru, hari ini.

Wanita 50 tahun simbah kekasih dengan cuka getah hingga maut
Wanita 50 tahun simbah kekasih dengan cuka getah hingga maut

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian jam 5 pagi itu berlaku di rumah kedai di tingkat satu yang menjadi rumah disewa mangsa.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai warga indonesia yang bekerja sebagai buruh di ladang di Ulu Tiram.

Menurutnya, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dikenali sebagai Sapi’i dan suspek yang juga warga Kemboja dengan taraf pemastautin tetap, apabila mangsa dipercayai mahu memutuskan hubungan mereka.

ARTIKEL MENARIK: Identiti & Gambar Suspek Dera Adik Rayyan Hingga maut


“Pasangan itu tinggal bersekedudukan selama dua tahun tanpa sebarang ikatan yang sah. Suspek dikatakan bekerja sebagai tukang urut,” katanya ketika dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamaluddin berkata, apabila pertengkaran berlarutan dan semakin tegang, mangsa dikatakan mengambil cuka getah yang disimpan dalam botol di ruang tamu dan menuangnya ke dalam bekas minuman.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya cuba berpura-pura mahu menyimbah suspek hingga mengakibatkan pergelutan antara mereka.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, asid cuka getah berkenaan dikatakan tertumpah dan terkena badan kedua-duanya.

“Selepas kejadian, suspek dipercayai memberikan sehelai tuala kepada mangsa untuk lap badan tubuh akibat terkena cuka getah namun mangsa terbaring sebelum tidak sedarkan diri di ruang tamu,” katanya.

Kamaluddin berkata, mangsa mengalami kecederaan teruk di hampir keseluruhan badannya terutama mata, mulut, dada dan kaki, manakala suspek hanya cedera ringan di muka serta kesan lebam akibat ditumbuk.


Katanya, siasatan awal mendapati cuka getah itu dibeli suspek kira-kira setahun lalu sebagai bahan pelaris,.

“Kononnya, dengan merenjis (cuka itu) pada bahagian rumah sewa yang turut dijadikan kedai urut untuk membolehkan perniagaan menjadi laris kerana suspek mahir dalam urutan tradisional dan bomoh tradisional,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan di tempat kejadian sebelum dihantar untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Mayat mangsa dihantar HSI untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post