Vida Kahwin Senyap-Senyap?

Vida Kahwin Senyap-Senyap?

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida menafikan khabar angin dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka tanpa pengetahuan umum.

Vida Kahwin Senyap-Senyap?
Vida Kahwin Senyap-Senyap?
Kata Vida, 45, dia masih berstatus solo dan terkejut apabila mengetahui khabar angin berkenaan.

“Saya tak tahu bagaimana cerita saya nak kahwin timbul. Sedangkan jiwa saya yang sedang kacau pun tiada siapa mahu pujuk.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kahwin buat masa sekarang, nanti ramai yang kata saya yang terhegeh-hegeh.

“Tetapi harus saya akui, walau umur saya sebegini, masih ada yang cuba mendekati. Cuma saya tak pasti niat mereka untuk duit atau populariti,” katanya kepada Astro Gempak.

ARTIKEL MENARIK: “Lelaki sejati takde peluk macam ni…” Gambar Zul Ariffin peluk Farah Nabilah cetus pergaduhan peminat! 😱


Vida yang ditemui pada pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam memberitahu anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B enggan melihat ibunya bersama lelaki lain.

“Cik B luluskan baru saya terima. Tapi buat masa sekarang dia tak mahu sebarang lelaki mendekati saya.

“Mama, don’t you dare katanya,” tambah Vida.

Dalam perkembangan lain, Vida bakal muncul dengan single keduanya menjelang Aidilfitri nanti.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @datoserivida
Sumber : Gempak


Terdahulu – Badan Susut Sebab Risau Hutang



KUALA LUMPUR: Tubuh menyusut lima kilogram (kg), usahawan selebriti, Datuk Seri Vida menafikan dirinya ‘makan hati’ hingga hilang selera makan.

Vida atau nama penuhnya, Hasmiza Othman bagaimanapun mengaku fikirannya terbeban dengan urusan perniagaan termasuk soal hutang piutang syarikat miliknya.
“Saya susut berat badan bukan kerana ‘makan hati’… Saya masih solo dan bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja.

“Namun, kepala ini terbeban memikirkan hal lebih penting iaitu urusan perniagaan yang banyak dugaan,” katanya kepada BH Online.



Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Vida menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei depan.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN, Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Vida turut mempersoalkan bagaimana cerita kononnya dia berkahwin, tersebar sejak akhir-akhir ini.



“Tak tahu bagaimana boleh timbul cerita saya berkahwin pula? Sedangkan saya tidak punya calon.

“Tumpuan buat masa ini diberi terhadap bidang perniagaan yang perlu perhatian penuh.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi buat masa ini… Insya-Allah. Saya hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Vida yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen, Primavalet Fesyen Hub Lebaran 2018 di sini, malam tadi, memberitahu, dia bakal tampil dengan single kedua hasil ciptaan Cat Farish, tidak lama lagi.



“Saya akan merakamkan lagu dengan kos lebih kecil berbanding dulu. Kalau boleh rakam guna telefon mudah alih saja kerana semuanya sudah canggih sekarang.

“Belajar dari kesilapan dulu, saya tidak mahu membelanjakan wang dengan jumlah yang besar hanya untuk merakamkan lagu,” katanya yang enggan berkongsi lebih banyak maklumat demi memberi kejutan kepada peminat.

Sumber: BHarian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post