Arwah kurang bercakap sejak akhir-akhir ini, kalau berbual bersama anak-anak dia banyak berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh bagi berjaya”.
Tiada Lagi Baju Baharu Hari Raya Dari Abah |
Demikian kata Norfaizah Abdullah, balu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 27, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang, dekat Gerik, semalam.
Norfaizah, 38, berkata, sebelum ini, suaminya (Md Zahar Md Ali, 38) tidak pernah berpesan seperti itu.
Malah katanya, arwah juga sempat mengingatkan anak-anak bahawa jika mereka tidak rajin belajar, tiada baju baharu untuk Hari Raya nanti.
“Itu kata-kata arwah yang saya perasan kerana selalunya dia tidak pernah bercakap macam itu. kalau berbual pun… tentang pelajaran anak-anak.
ARTIKEL MENARIK: Video: Kecoh Papan Iklan Muka Rosmah Di Diturunkan.
“Dia juga sempat memberitahu akan menjelaskan semua hutang selain menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dan saya tidak menyangka dia akan pergi buat selamanya ,” kata.
Norfaizah ketika ditemui di rumah bapa mertuanya, di Kampung Charok Siput, Mukim Siong, dekat Baling. .
Dalam kejadian 7.30 malam itu, Md Zahar dan anak ketiganya, Muhammad Faris, 7, maut di tempat kejadian, manakala anak kedua, Muhammad Firdaus, 9, parah.
Namun dalam kejadian itu Muhammad Firdaus berusaha untuk mendapatkan bantuan.Kanak-kanak itu dipercayai merangkak keluar dari kenderaan terbabit sebelum naik ke atas tebing jalan bagi mendapatkan bantuan untuk bapa dan adiknya yang masih berada di dalam kenderaan berkenaan.
Usaha kanak-kanak itu berjaya apabila orang awam yang melihatnya dalam keadaan berlumuran darah memberikan bantuan termasuk menghubungi pasukan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati Proton Exora dinaiki tiga beranak dari arah Gerik ke Kupang, Baling itu hilang kawalan sebaik tiba di kawasan menuruni bukit dipercayai akibat dipandu laju.
Katanya, akibat hilang kawalan menyebabkan kenderaan berkenaan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.
“Seorang saksi yang melalui jalan itu ternampak mangsa (Muhammad Firdaus) dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan menyebabkan dia berpatah balik untuk memberikan bantuan.
“Dia (saksi) dimaklumkan oleh mangsa yang bapa dan adiknya terjatuh ke dalam gaung sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Menurutnya, mayat Muhammad Faris berjaya dibawa keluar dari gaung pada 10.25 malam, manakala mayat bapanya sejam selepas itu.
Katanya, mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Hasil percakapan dengan isteri mangsa mendapati suami dan dua anaknya dalam perjalanan pulang ke kampung di Baling, Kedah untuk menziarahi ibu bapanya yang tidak sihat.Katanya
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik Pegawai Bomba Kanan II Kamarul Ariffin Abdul Ghani berkata, pihaknya yang tiba selepas menerima panggilan pada 8.06 malam mendapati seorang kanak-kanak berada dalam keadaan parah.
Kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Gerik dengan menggunakan kenderaan EMRS sebelum kerja-kerja menyelamat dua lagi mangsa dijalankan.
Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan yang terjunam ke dalam gaung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Eberita
Post a Comment