Penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Nur Hayanis Hairunizan, 20, dikatakan sempat menghubungi ibunya berkongsi kegembiraan memulakan pendakian Bukit Pelarik sebelum bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti aktiviti itu.
Sepupu Dedah Bagaimana Nur Hayanis Meninggal |
“Kali terakhir kami bersua dengannya pada Isnin lalu sebelum dia pulang ke UniMAP pada hari sama.
ARTIKEL MENARIK: MASIH INGAT DENGAN ADIK YANG TERPOTONG KEMALUAN KETIKA SUNAT? Ini Berita Terbaru Beliau Yang Begitu Menyedihkan
“Hanis memang seorang yang aktif dan gemar aktiviti mendaki bukit malah setiap kali ingin melakukan aktiviti berkenaan, pasti dia akan menghubungi kami,” katanya.
Nabila berkata, cuma kali ini Hanis hanya menghubungi ibunya di sebelah pagi dan tidak semasa melakukan aktiviti itu.
“Selalunya Hanis menghubungi kami untuk memaklumkan setiap aktiviti dilakukan semasa mendaki namun pada kali ini tidak dan kami ingat mungkin tiada liputan sewaktu mendaki.
“Kami hanya tahu dia ditimpa kemalangan selepas mendapat panggilan daripada pihak universiti awal pagi tadi,” katanya.
Katanya, adik saudaranya itu tidak menunjukkan sebarang perlakuan yang ganjil sebelum hari kejadian.
“Dia hanya beritahu sakit kaki kerana terpaksa menggunakan tangga ke tingkat enam di kolej kediamannya kerana lif rosak.
“Jadi dia mungkin letih dan tidak cukup rehat untuk melakukan aktiviti berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pendakian bukit itu diatur pihak luar bukannya aktiviti kampus.
“Mangsa ikuti program mendaki bukit yang dianjurkan kumpulan Hikers Perlis. Ini anjuran persendirian dan bukannya UniMAP.
“Nur Hayanis tergelincir dan cedera di lutut kanan. Allahyarham boleh bergerak turun tetapi tidak beberapa lama selepas itu berasa lemah dan pitam,” katanya.
Sepupu Dedah Bagaimana Nur Hayanis Meninggal
Eberita
Post a Comment