Setelah sebulan tidak berjumpa, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui anak mereka, Yusuf Iskandar sangat merindui bapanya, pelakon Hairul Azreen yang terlibat dengan penggambaran filem Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Sabah.
“Semua orang dia panggil daddy…” – Sebulan terpisah, video Yusuf Iskandar jumpa bapa buat netizen sebak |
ARTIKEL MENARIK: ‘Lagi Membuak Darah Aku Keluar Tengok Gambar Ini’ – Zarina Anjoulie
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on Apr 12, 2018 at 9:21pm PDT
Video berdurasi kurang seminit itu membuatkan netizen tersentuh hati yang rata-rata terharu dengan detik pertemuan antara pasangan keluarga berkenaan setelah sebulan berpisah kerana ramai tahu keakraban hubungan Yusuf dan bapanya yang sangat rapat.
Sweetnya!
Sebaknya!
Mata masuk habuk!
Menurut laporan Harian Metro, akibat terlalu rindu, Yusuf yang akan mencecah usia dua tahun pada Jun ini telah memanggil semua orang yang ditemui dengan panggilan ‘daddy’.
Hanis berkata, walaupun mereka menggunakan aplikasi ‘face time’ setiap hari ternyata ia tidak cukup untuk menghilangkan rindu Yusuf pada bapanya.
Sumber : Yusuf Iskandar
Post a Comment