PUTERA RAJA Kesayangan Rakyat Johor.. Biodata Hebat TMJ, YAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail..

PUTERA RAJA Kesayangan Rakyat Johor.. Biodata Hebat TMJ, YAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail..

PUTERA RAJA Kesayangan Rakyat Johor.. Biodata Hebat TMJ, YAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail..

PUTERA RAJA Kesayangan Rakyat Johor.. Biodata Hebat TMJ, YAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail..
PUTERA RAJA Kesayangan Rakyat Johor.. Biodata Hebat TMJ, YAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail..



ARTIKEL MENARIK: Main Menu Tahniah Niena Kini Milik Rody! Wow Cantiknya Gambar Pernikahan Mereka (8Gambar)

Biodata Ringkas

Nama Penuh: Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Yang Amat Mulia Sultan Ibrahim Ismail

Nama Pilihan: TMJ / Tunku Ismail

Keputeraan: 30 Jun 1984

Kerabat: Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor

Darjah Kebesaran: D.K. , S.P.M.J. , S.S.I.J. , P.I.S.

Ayahanda: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Bonda: Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurla

Pasangan: Yang Mulia Che Puan Khaleeda binti Bustamam

Anakanda:

YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim





Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim (dilahirkan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru, Johor) merupakan Tunku Mahkota Johor. Beliau merupakan anakanda pertama baginda berdua dan putera sulung kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah. Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar). Tunku Ismail kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.[5] selepas ayahandnya ditabalkan menjadi Sultan Johor Darul Takzim ke – 25 pada 23 Januari 2010.


Pendidikan Awal

Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru. Beliau kemudian menerima pendidikan menengah rendah di Sekolah Antarabangsa Australia di Singapura dan meneruskan pengajian menengah di Hale School di Perth, Australia Barat, sehingga 2002 Tunku Ismail ialah anak sulung daripada enam beradik dan tidak mempunyai kelayakan akademik.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datuknya, Almarhum Sultan Johor, dan meletakkan baginda yang kedua dalam barisan takhta (Kini pertama seiring selepas kemangkatan Sultan Iskandar). Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.

Johor Darul Takzim FC

Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional.

Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.

Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015.



Perkahwinan

Pada 24 Oktober 2014, Tunku Ismail berkahwin dengan Che Puan Khaleeda Bustamam yang berusia 21 tahun di Istana Bukit Serene, Johor dalam majlis peribadi. Majlis penyerahan dilakukan oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin. Penikahan diraja berlangsung di Dataran Bandaraya (atau ‘city square’) pada bulan November 2014.

Khaleeda, anak perempuan Bustamam Daud dan Aziyah Aziz, adalah anak bongsu dari lima adik beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur.

Pasangan diraja ini telah dikurniakan berdua baginda, anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung, diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Baginda anakanda kedua baginda berdua dan putera sulung diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

Sumber: Wikipedia

 Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post