SEORANG pembunuh bersiri yang digelar "Jack the Ripper" dari China yang mensasarkan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian berwarna merah telah dijatuhi hukuman mati kerana telah membunuh seramai 11 orang, termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun.
Perogol, Pembunuh Bersiri Yang Digelar "Jack The Ripper" Buru Wanita Pakai Baju Merah Dihukum Mati.. |
Chengyong dibicarakan atas pelbagai kesalahan seperti membunuh, rogol, rompakan dan penghapusan mayat-mayat mangsanya.
ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Meraung Tak Sangka Wanita Dan Kanak-Kanak Yang Dilanggar Lari, Rupanya Isteri Dan Anaknya Sendiri!..
loading...
Suspek mengaku membunuh 11 orang antara tahun 1988 dan 2002 di bandar Baiyin, barat laut China di wilayah Gansu dan Baotou di wilayah utara Inner Mongolia, kata laporan itu.
Usia mangsa yang termuda adalah seorang gadis berusia lapan tahun.
Chengyong ditangkap di kedai runcitnya pada 2016 berikutan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kejadian jenayah yang tidak berkaitan dengannya, tetapi telah dilakukan oleh salah seorang saudaranya.
Rakyat negara itu terlalu takut untuk meninggalkan rumah mereka kerana bimbang akan menjadi mangsa pembunuhan tragis yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai 'reclusive' dan 'kebencian' yang mendalam terhadap wanita.
Selama 14 tahun, Chengyong meluahkan kebenciannya terhadap wanita yang berpakaian merah.
Dia mensasarkan mereka yang tinggal bersendirian, kemudian mengekori mereka pulang ke rumah.
Mangsa kemudiannya diperkosa, dibunuh dan bagi kebanyakan kes, mayat mereka dihapuskan.
Pembunuh bersiri itu 'terselamat' untuk tempoh yang lama kerana dia bijak berhati-hati, tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Kejahatan 'Jack the Ripper' itu akhirnya terbongkar pada Ogos 2016 ketika dia ditahan di sebuah kedai runcit di wilayah Gansu.
Polis akhirnya berjaya menjejaki suspek yang merupakan seorang lelaki yang sudah berkahwin, bapa kepada dua orang anak dan seorang pemilik kedai runcit. - News Australia
Sumber: Mstar Online
Post a Comment