Pengantin Perempuan Maut Ditembak Perompak.

Pengantin Perempuan Maut Ditembak Perompak.

Satu rompakan bersenjata yang mesasarkan rambongan pengantin yang baru selesai menjalani majlis perkahwinan menerima nasib malang apabila pengantin perempuan maut ditembak.

Pengantin Perempuan Maut Ditembak Perompak.
Pengantin Perempuan Maut Ditembak Perompak.
Menurut laporan Sinar Harian, perompak bersenjata memintas rombongan perkahwinan dan menembak mati pengantin perempuan sebelum melarikan barang kemas dipakai mangsa dalam kejadian di negeri Uttar Pradesh, India semalam.

Polis berkata, kejadian berlaku di sebuah lokasi berhampiran lebuh raya Delhi-Dehradun yang terletak di daerah Meerut.

Dalam kejadian itu, lima mangsa cedera termasuk pengantin lelaki.

ARTIKEL MENARIK: Suami maut Dilibas Parang Oleh Isteri.


Difahamkan, rombongan tersebut dalam perjalanan pulang dari daerah Ghaziabad.

"Enam lelaki menaiki dua kenderaan memintas rombongan tersebut.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Farhana, dia ditembak kerana cuba melawan," kata Ketua Polis Daerah Meerut, Manjil Saini.



Tambah Manjil, polis melancarkan gerakan memburu suspek dan siasatan berhubung kejadian itu telah dijalankan. - Sinar Harian

_fd54d8ee-4aa2-11e8-b98f-44ca1ff8ed36.JP

highway_robbery_1524912714_725x725.jpg

via Wartawan Jalanan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post