“MasterChef UK Perlu Mohon Maaf Kepada Zaleha Berkenaan Isu Rendang Rangup” – Chef Wan

“MasterChef UK Perlu Mohon Maaf Kepada Zaleha Berkenaan Isu Rendang Rangup” – Chef Wan

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyelar tindakan juri program masakan popular MasterChef UK kerana menyingkir peserta Malaysia yang dikatakan telah menghasilkan rendang ayam 'kurang rangup'.

“MasterChef UK Perlu Mohon Maaf Kepada Zaleha Berkenaan Isu Rendang Rangup” – Chef Wan
“MasterChef UK Perlu Mohon Maaf Kepada Zaleha Berkenaan Isu Rendang Rangup” – Chef Wan
Chef Wan membuat kenyataan itu menerusi laman Instagram pada pagi Selasa selepas menonton episod penyingkiran peserta rancangan realiti tersebut, Zaleha Kadir Olpin.

"Juri-juri itu bukan sahaja memalukan Zaleha, tapi merosakkan penyertaannya. Tak mengapa kalau dia kalah disebabkan oleh alasan yang betul, tapi itu tidak berlaku.

ARTIKEL MENARIK: Wajah Terbaru “Bawang Merah”, Jelitawan Indonesia Nia Ramadhani Persis Selebriti Terkenal Malaysia!,

loading...

"Mereka sepatutnya memasukkan semula dia dan memohon maaf secara terbuka jika MasterChef UK ingin memulihkan kembali kredibiliti program itu," ujarnya pada posting tersebut.


Torode (kiri) dan Gregg (kanan) merupakan juri program MasterChef UK.

Tambah penerima anugerah Food Ambassador dan Master Chef of the Year 2017 itu, juri program itu, John Torode dan Gregg Wallace tidak seharusnya memberi komen yang tidak sewajarnya sekiranya tidak memahami hidangan tersebut.

Kata Chef Wan, beliau pernah menonton Torode membuat penggambaran di Langkawi sebelum ini dan menghasilkan rendang itik bersama seorang lelaki tempatan dalam program John Torode's Malaysian Adventure yang disiarkan pada Disember 2015.

Namun, juri yang memberikan komen mengenai rendang ayam tersebut kurang rangup ialah Gregg.


Kata Chef Wan: "Dia (Torode) perlu cakap kepada Gregg untuk diam jika tidak pernah memasak rendang! Saya (Torode) pernah menyediakannya!"


Sebelum ini, The Star pada Isnin melaporkan, hidangan tradisional iaitu nasi lemak dan rendang ayam yang dihasilkan oleh Zaleha mampu membuatkan pelanggan beratur untuk menikmatinya, namun hidangan yang sama telah menyebabkan dia tersingkir pada suku akhir pertandingan tersebut.

Wanita berusia 48 tahun berkenaan menyediakan makanan tersebut ketika pusingan 'kalah mati' program realiti itu.

Pada rancangan tersebut, Torode berkata, nasi yang disediakan menggunakan terlalu banyak santan dan sambal 
hendaklah lebih pedas serta ayam pula perlu betul-betul lembut.

Sementara itu, Gregg pula mengkritik kulit ayam yang dimasak rendang hasil air tangan Zaleha yang dikatakan tidak cukup rangup.

Insiden itu menyebabkan rakyat Malaysia 'berang' dengan komen yang diberikan oleh pihak juri program terbabit.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post