Masih belum cukup membuktikan betapa bermaknanya dia bagi saya

Masih belum cukup membuktikan betapa bermaknanya dia bagi saya

JENAZAH pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Enam, Banting, hari ini.

Masih belum cukup membuktikan betapa bermaknanya dia bagi saya
Masih belum cukup membuktikan betapa bermaknanya dia bagi saya

Terdahulu, jenazah Nurliyana disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa Banting sebelum dikebumikan, kira-kira 10 pagi tadi.

Suami arwah, Mohd Taufiq Abdullah, Mohd Taufiq berkata, dia bersama keluarga redha dengan apa yang berlaku dan sudah berusaha memberikan apa yang termampu buat Liyana.

“Sebenarnya apa yang saya bantu saya rasa belum cukup untuk membuktikan betapa bermaknanya dia bagi saya, tapi saya sudah bagi apa yang termampu sepanjang tujuh tahun menjadi suami isteri.

ARTIKEL MENARIK: Imam Disyaki Ditembak Ejen Perisik Luar Negara


“Kali terakhir saya bercakap dengannya adalah sebelum Liyana menjalani pembedahan kedua Selasa lalu bagi membuat saluran pernafasan selepas kandungan karbon dioksida dalam badannya meningkat.

“Dia tidak boleh bercakap disebabkan kesan pembedahan di lehernya dan hanya mampu menulis memaklumkan kesakitan dialaminya, mahu makan masakan nenek apabila sembuh dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama keluarga termasuk arwah isterinya sudah dimaklumkan mengenai risiko yang bakal dihadapi oleh Liyana sebelum menjalani pembedahan pada 13 April lalu.

Katanya, pembedahan itu adalah satu-satunya jalan terbaik buat Liyana dan keputusan untuk menjalani pembedahan adalah dibuat oleh arwah isterinya sendiri.


“Jika dia tidak jalankan pembedahan pun risikonya tinggi juga dan jika dia jalani pembedahan mungkin ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Jadi pembedahan itu adalah jalan yang terbaik buatnya.

“Sebenarnya pembedahan membuang empat kelenjar para tiroid di bahagian lehernya itu berjaya, tetapi selepas dua hari pembedahan dia mengelami pelbagai komplikasi lain termasuk paru-paru dan jantung.

“Doktor pakar pun sudah bagitahu secara terperinci mengenai perkara ini. Jadi kami serahkan kepercayaan kepada mereka untuk merawat Liyana.

“Namun tuhan lebih sayangkan Liyana,” katanya ketika ditemui.

“Sebelum pembedahan (membuang kelenjar para tiroid) arwah isteri ada maklumkan mungkin ini yang terakhir untuk dia bersama kami, mungkin dia tak akan kembali lagi.

“Jadi, kami redha dengan pemergiannya yang selepas sekian lama menempuhi kehidupan dengan pelbagai ujian penyakit,” katanya.

Sementara itu, Bapa Liyana, Abdul Raziff Mohammad Radzi berkata, dia dan keluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban termasuk doktor dan pihak hospital yang berusaha memberikan rawatan yang terbaik buat anak sulungnya itu.

“Terima kasih kepada semua yang membantu memberikan semangat dan tidak putus mendoakan Liyana. Di saat kami dalam keadaan begini ramai yang membantu dan memberikan sokongan. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa anda semua,” katanya.

Liyana menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hopital Kuala Lumpur, 8.30 malam, tadi selepas tekanan darahnya menurun.

ARTIKAL BERKAITAN - 

Nurliyana hembus nafas terakhir

‘Sangat Mengguris Hati Seolah-Olah Kami Tak Buat Apa-Apa’ – Bapa & Ibu Saudara Nurliyana Terkilan Dengan Dr Rafidah

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post