Laman Web Palestin Muat Naik Video Keadaan Dr. Fadi Selepas Ditembak

Laman Web Palestin Muat Naik Video Keadaan Dr. Fadi Selepas Ditembak

Video Dr. Fadi M. R. Albatsh yang maut akibat kena tembak dikepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak tersebar dilaman media sosial.

Laman Web Palestin Muat Naik Video Keadaan Dr. Fadi Selepas Ditembak
Laman Web Palestin Muat Naik Video Keadaan Dr. Fadi Selepas Ditembak
Video berkenan dimuat naik pertama kali oleh laman web palestin United Muslim Cyber Army Hampir ditonton sejuta pengguna laman facebook sejak ia di muat naik pada 24.04.2018.

ARTIKEL MENARIK: Cerita sebenar lelaki mengamuk pecah cermin kereta wanita hamil pakai tukul



Video Player



INFO TERKINI:

‘cabut’ pakai Proton Saga
Suspek kes bunuh pensyarah Palestin Dr Fadi M R Albatsh Fatma, Sabtu lalu, dipercayai melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga BLM.

Ia selepas suspek dikatakan meninggalkan motosikal jenis Kawasaki Versys, yang digunakan semasa menembak mati mangsa, di Jalan Danau Niaga, Danau Kota.

Difahamkan, kereta yang disewa suspek itu ditemui kira-kira jam 2 pagi hari ini di Taman Tasik Ampang Hilir, di Kuala Lumpur.

Sumber berkata, kereta itu dikesan berdasarkan pemantauan menyeluruh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Danau Niaga.

“Hasil penelitian CCTV yang dijalankan membawa kepada petunjuk suspek meninggalkan lokasi selepas meletakkan motosikal itu dan menaiki kereta.



“Berdasarkan siasatan susulan, pemilik kereta memaklumkan keretanya diletakkan di parkir Taman Tasik Ampang Hilir,” katanya, hari ini.

Sumber sama berkata, kereta berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, untuk pemeriksaan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta berkenaan disewakan kepada suspek sejak tiga bulan lalu oleh pemiliknya yang juga rakyat tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika mengulas berhubung perkembangan itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

“Saya tidak dapat memberikan butiran, namun pihak kami sedang menjalankan siasatan secara terperinci.

“Segala maklumat berhubung kes ini akan diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun,” katanya.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post