Kongsi Gambar Cincin Di Jari Manis, Nelydia Senrose Telah Dilamar Jutawan Muda

Kongsi Gambar Cincin Di Jari Manis, Nelydia Senrose Telah Dilamar Jutawan Muda

Sebelum ini, timbul gosip mengatakan pelakon Nelydia Senrose menjalin cinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H apabila tersebar sekeping gambar dirinya berpelukan sambil tangan di dada jejaka terbabit.

Kongsi gambar cincin di jari manis, Nelydia Senrose telah dilamar jutawan muda
Kongsi gambar cincin di jari manis, Nelydia Senrose telah dilamar jutawan muda
Terbaru, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu berkongsi gambar di laman Twitter yang memakai cincin di jari manisnya.

ARTIKEL MENARIK: Billboard Besar Aibkan Nama Neelofa Jadi Tanda Tanya



Selain gambar, kapsyen yang ditulis oleh Nelydia juga kelihatan seolah-olah sedang berada dalam fasa yang sangat bahagia dengan seseorang.
“Hari yang paling bahagia dalam hidupku. Mimpi memang boleh jadi kenyataan.” tulisnya ringkas di laman Twitter miliknya.
Perkara itu menarik perhatian peminat yang rata-rata mula membuat spekulasi bahawa aktres kesayangan mereka telah dilamar dan bakal bernikah tidak lama lagi serta turut dihujani dengan ucapan tahniah.

Semoga ke jinjang pelamin!

Tahniah!

Tumpang gembira!

Walau bagaimanapun, Nelydia masih belum tampil memberikan sebarang respon mahupun menafikan mengenai perkara tersebut.

Sumber : Nelydia Senrose


Nelydia Senrose Didakwa Bercinta Dengan Jutawan Muda & Kacak?

Nampaknya kontroversi hubungan cinta antara pelakon Nelydia Senrose dan bekas suami Fasha Sandha. Jejai sudah boleh dikambus memandangkan pelakon cantik ini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Terbaru sebuah blog hiburan melaporkan bahawa Nelydia kini sedang bercinta dengan seorang jutawan muda berusia 30-an.

Menarik lagi, difahamkan lelaki berkenaan merupakan rakan perniagaan Jejai. Betul ke?

Berdasarkan sebuah email yang dihantar seorang individu kepada pihak Beautifulnara, jutawan berkenaan dikenali dengan gelaran Mr. H.
Melihatkan gambar yang dimuat naik, Mr. H dilihat sepadan dengan Nelydia dan hampir mirip pelakon Remy Ishak!
Walau bagaimanapun kesasihan hubungan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Terdahulu Nelydia dilaporkan bercinta dengan pengacara Qi Razali selepas mengumumkan berita perpisahan mereka pada Oktober 2015.
Sumber Beautifulnara/ohmymedia

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post