Demam PRU sudah semakin terasa. Kalau sebelum ini sebuah syarikat menghasilkan tudung logo parti, kali ini kek cawan parti politik mendapat sambutan luar biasan.
Kek cawan lambang parti viral, pengusaha untung besar! |
Seorang pengusaha kek Azrul Nizam Azali dari Yan, Kedah yang menyahut cabaran untuk menghasilkan kek cawan dengan logo parti, tidak menyangka keknya itu menjadi viral.
Pada awalnya, dia agak keberatan untuk menerima tempahan itu kerana bimbang tidak dapat memenuhi warna pada hiasan kek cawan seperti logo asal parti.
ARTIKEL MENARIK: ALLAHUAKBAR. Lelaki Jubah Putih Sujud Awal Ketika Solat, Selesai Solat Jemaah Semua Menangis
“Penggunaan warna dalam logo parti perlu tepat disebabkan ia amat sensitif dan pelanggan mungkin tidak berpuas hati dengan kek cawan dihasilkan.
“Saya mengambil masa untuk mencari dan mengkaji warna logo sesuai sebelum membuat beberapa percubaan sehingga berjaya mendapatkan hasil warna seperti dimahukan,” katanya.
Namun, dia nekad untuk menghasilkan kek tersebut untuk memeriahkan musim PRU memandangkan ianya hanya berlangsung lima tahun sekali.
Menurut Azrul, setakat ini dia sudah menyiapkan tempahan 500 kek cawan berlogo pelbagai parti politik.
Harga kek dijual mengikut kuantiti dalam kotak yang disediakan iaitu 25 biji berharga RM50.
Bukan hanya kek cawan, malah kek seberat satu kilogram dengan logo parti juga turut dijual dengan harga RM75.
Memang meriah musim pilihan raya umum kali ini. Macam-macam ragam peniaga kita dapat lihat untuk mempromosikan produk mereka. Boleh dikatakan mereka ini bijak mengambil kesempatan yang ada untuk melariskan produk.
via Blog Berita Online
Post a Comment