Kecoh Gambar Cium Anak Tersebar Menerusi WhatApps, Kazar Akui Ia Tindakan Salah dan Tidak Matang

Kecoh Gambar Cium Anak Tersebar Menerusi WhatApps, Kazar Akui Ia Tindakan Salah dan Tidak Matang

Pelakon, Kazar Saisi mengakui sekeping foto cium melibatkan anaknya bersama seorang sepupu lelaki merupakan suatu tindakan salah dan tidak matang dilakukan anaknya, Ira Kazar atau nama sebenar, Fadira Fatini Kazaruddin.

Kecoh Gambar Cium Anak Tersebar Menerusi WhatApps, Kazar Akui Ia Tindakan Salah dan Tidak Matang
Kecoh Gambar Cium Anak Tersebar Menerusi WhatApps, Kazar Akui Ia Tindakan Salah dan Tidak Matang

Kazar berkata demikian sebagai mengulas isu foto cium yang dimuat naik anaknya itu menerusi Insta Stories yang mulai tersebar menerusi aplikasi WhatApps sejak minggu lalu.

Terdahulu, gadis berusia 23 tahun itu ada memuat naik foto tersebut di ruangan Instagram Stories akaun laman sosial miliknya, @irakaza.

ARTIKEL MENARIK: Fathia Latiff Jawab Isu Videonya Sedang Kerjakan Solat Dalam Kereta!




“Saya baru lihat foto berkenaan apabila diberitahu pihak media. Kalau lelaki (di dalam foto tersebut), itu dia merupakan sepupu Ira dan akan kepada pelakon, Helmi The Gimmik. Hubungan mereka terlalu rapat sejak kecil. Akan tetapi itulah, saya mengakui perkara tersebut salah dan tidak boleh dilakukan oleh Ira.

“Dia tidak boleh cium pipi sepupunya, seorang lelaki dan dia juga tidak boleh memuat naik foto-foto sebegitu di laman sosial. Saya sudah beri pesan pada dia, agar menjaga nama saya elok-elok. Kalau ditanya, saya pun memang tak setuju, nampak tak manis,” kata Kazar kepada MH.
Pada masa sama, pelakon dan penyanyi itu juga sebelum ini ada memberi nasihat kepada anaknya itu, apatah lagi sejak beberapa video anaknya turut menjadi tular di media sosial.
“Saya hanya boleh menasihatkan dia. Saya sudah berpesan agar jaga diri elok-elok serta menjaga nama saya.

“Bahkan saya pun ada nasihatkan orang lain di Instagram, jadi apabila perkara sebegini berlaku, saya takut orang akan cakap perkara lain pula,” jelas Kazar ketika ditemui di majlis pelancaran supertelefilem Budak Kripto di FINAS, pada Selasa.


Meski penampilannya menerusi drama berkenaan tidaklah sebesar mana, namun sebagai anak seni sejati, pelakon berusia 59 ini tidak memandang ia sebagai satu hal yang besar, kerana sebolehnya dia hanya mahu menjayakan watak dengan sebaik mungkin.


“Saya tidaklah terlalu selektif terhadap setiap watak yang ditawarkan. Asal bayarannya berbaloi dan naskahnya bagus. Itu sudah memadai. Malah bagi saya, pada zaman sekarang ni agak sukar untuk kita terlalu memilih,” akui Kazar jujur. 
Sementara itu, Budak Kripto ini bakal diarahkan Din CJ yang pernah mencipta fenomena menerusi beberapa drama rantaian arahannya seperti Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun yang pernah bersiaran di TV3.

Selain Kazar, turut sama terlibat di dalam tele-filem berkenaan ialah Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Accapan, Mamat Khalid dan dua orang bakat baru, Zam Azmi dan Nurul Hida.

Budak Kripto bakal menjalani penggambaran bermula 25 April depan di sekitar Perak.

Foto: Instagram Ira & Kazar


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post