KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah, gagal mengawal emosinya kerana kecewa dengan kesilapan dilakukan oleh protegenya, Alina Hassan, di pentas separuh akhir Mentor Otai.
Kecewa, Siti Sarah Gagal Mengawal Emosi Di Pentas! |
Biarpun mendapat peluang kedua daripada juri tetap program itu, Edry Abdul Halim dan Mark Adam, pada saat akhir, ia tidak dapat menebus rasa ralat Sarah terhadap anak didiknya.
“Sukar untuk saya kawal reaksi wajah kerana jujurnya saya terlalu kecewa dengan beberapa kesilapan dilakukan oleh Kak Alina.
“Begitupun, saya tetap akan menggalas tanggungjawab sebagai mentor sehingga ke minggu akhir kerana itulah janji saya sejak awal-awal lagi.
ARTIKEL MENARIK: Saya tak benarkan bekas suami ‘rasa dara’ saya – Upiak
“Tidak tahu di mana silapnya? Saya sudah sedaya-upaya melakukan tugas sebagai mentor bagi memastikan Kak Alina membuat persembahan dengan baik minggu ini,” luah Sarah.
Alina yang menyampaikan lagu, Sembilu dan I Have Nothing, pada pertandingan separuh akhir mengakui kesilapannya sehingga membuatkan Sarah menitiskan air mata di belakang pentas.
Selain berdepan masalah gugup, Alina juga berkata dirinya turut dibebani beberapa perkara lain yang mengganggu prestasinya.
“Saya diselubungi rasa bersalah apabila gagal memberikan yang terbaik pada malam ini (semalam). Sehinggakan saya tidak dapat hendak memandang wajah Sarah. Dia bukan saja mentor, malah idola saya.
“Saya berharap Sarah tidak berputus asa untuk terus mendidik saya sehingga ke pentas final, selain terus memberikan kepercayaan kepada saya. Hanya ungkapan maaf mampu ucapkan kepadanya,” kata Alina.
Ahad ini, empat peserta, Alina, AJ, Aznie dan Elvira akan berentap pada peringkat akhir Mentor Otai yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 kepada juara.
Sumber: Sumber
Post a Comment