Jurulatih Terjun Kebangsaan Rogol Atlet Dibebaskan

Jurulatih Terjun Kebangsaan Rogol Atlet Dibebaskan

Seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan merogol atlet terjun kebangsaan wanita di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil pada September tahun lepas.

Jurulatih Terjun Kebangsaan Rogol Atlet Dibebaskan
Jurulatih Terjun Kebangsaan Rogol Atlet Dibebaskan
Hakim Noradura Hamzah melepaskan Huang Qiang, 36, yang berasal dari China, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu pada akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah mendapati bahawa terlalu banyak keterangan mangsa yang bersifat andaian semata-mata dan apabila dibandingkan dengan keterangan saksi lain iaitu sepupu mangsa dan pegawai penyiasat dalam kes ini wujudnya pencanggahan yang material.

ARTIKEL MENARIK: Hebat ! Kenaikan Gaji Terbaru Pemain JDT Safiq Rahim, Inilah Gaji Beliau Sangat Lumayan Yang Setaraf Pemain Import Yang Lain.

loading...

“Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi material lain dan saksi bebas iaitu pekerja yang melihat tertuduh dan mangsa ketika kejadian menunjukkan wujudnya lompongan terhadap kes pendakwaan,” katanya.

Beliau juga berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pelakuan tertuduh yang didakwa memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa.

“Tiada keterangan mangsa yang menjelaskan tentang isu kerelaan sebagai mana yang dijelaskan pada perbicaraan.

“Berkaitan isu mangsa tidak melawan tertuduh kerana takut adalah tidak dapat diterima kerana mangsa sendiri mempunyai susuk badan tegap dan cergas yang mampu melawan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku,” katanya.


Tertuduh didakwa merogol mangsa, yang berusia 20 tahun ketika kejadian, di dalam Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini pada 5.30 petang, 26 September 2017.

Lelaki itu, yang telah mendapat taraf warganegara Malaysia, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Md Nen.

Sebanyak 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 19 Jan lepas.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Huang yang menutup muka menggunakan topeng hidung dan mulut, berkata dalam bahasa Mandarin bahawa mahkamah telah berlaku adil kepada dirinya.

Dia kemudian bergegas meninggalkan bangunan mahkamah

Kredit -EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post