Individu dedah cerita sebenar kes gadis terjun di jambatan Pulau Pinang

Individu dedah cerita sebenar kes gadis terjun di jambatan Pulau Pinang

Tertekan diketahui punca seorang wanita cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, hari ini.

Individu dedah cerita sebenar kes gadis terjun di jambatan Pulau Pinang
Individu dedah cerita sebenar kes gadis terjun di jambatan Pulau Pinang

Menurut sumber mangsa yang juga merupakan bekas pelajar PhD school kami di UUM mengalami tekanan kerana dipukau melalui telepon hingga terpaksa berhutang kepada along dan juga kawan-kawannya.

Pelajar ini kena perbuatan pukau melalui telefon sekitar setahun yang lalu hingga terpaksa berhutang along dan kawan2 untuk bagi duit ke akaun seseorang individu yang sampai hari ini tidak dapat dikenalpasti.

ARTIKEL MENARIK:  Harga Minyak Catat Sejarah Kekal Sama Lebih Sebulan


Dia dah jadi seperti ada sesuatu yangg mengusai diri dan tak boleh buat keputusan,report polis dah buat dan ugutan dari along duk terima sampai la mahu membunuh diri.katanya.

Menurut sumber sama mangsa wanita itu juga bukanlah dari keluarga senang,bapanya yang merupakan pencen staf tabung Haji yang sakit.

Saya memohon agar natizen tidak membuat spekulasi yang menambah derita keluarga gadis ini tambahnya lagi.

Terdahulu polis bantuan, Zaidi Salleh, 52 Telah mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan wanita ini.


Zaidi berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.

Katanya, dia memikirkan mangsa seperti anak sendiri menyebabkannya tidak sampai hati melihat keadaan itu lalu terjun dari ketinggian antara 18 hingga 20 meter demi menyelamatkan nyawa wanita itu.

Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.

“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, mereka yang diselamatkan pasukan penyelamat kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan bot nelayan yang berada di lokasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

“Hasil temubual awal yang dijalankan dengan mangsa didapati dia bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post