Harga Minyak Catat Sejarah Kekal Sama Lebih Sebulan

Harga Minyak Catat Sejarah Kekal Sama Lebih Sebulan

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar telah ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac 2017; dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan ia terus kekal lebih sebulan sejak 22 Mac lalu.

Harga Minyak Catat Sejarah Kekal Sama Lebih Sebulan
Harga Minyak Catat Sejarah Kekal Sama Lebih Sebulan
Ini julung kali dalam sejarah dan sudah dijangka ekoran ketidaktentuan geopolitik Asia Barat selain Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan bekalan menyaksikan stok konsisten di pasaran dunia.

ARTIKEL MENARIK: Baru terbaca pesan suami selepas 3 minggu meninggal


Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 ditetapkan sebagai tidak berubah lagi kepada RM2.20 seliter untuk minggu seterusnya.

Manakala had maksimum harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu yang akan datang ini ditetapkan juga kekal sebagai konsisten kepada RM2.47 seliter iaitu sama seperti minggu sebelumnya.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan sebagai turut malar kepada RM2.18 seliter, sekali gus melakar sejarah bagi minggu keempat secara berturut-turut.



Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 19 April sehingga 11.59 malam pada 25 April 2018.

Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga itu tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

* Video bawah sekadar hiasan…





mynewshub

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post