PROSES penamaan calon sudah melabuhkan tirainya. Selain barisan calon yang bertanding, busana yang dikenakan penyokong mereka turut mencuri tumpuan lensa pada pagi Sabtu.
Gaya Dan Gelagat Calon PRU14, Penyokong Curi Tumpuan.. |
Misalnya, personaliti kontroversi, Azwan Ali yang bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa hadir dengan busana serba merah dan dipadankan dengan cermin mata hitam yang sinonim dengan dirinya.
Walaupun rata-rata memilih untuk mengenakan baju Melayu atau kemeja bagi calon lelaki, manakala gaya calon wanita majoritinya sopan berbaju kurung.
ARTIKEL MENARIK: Cara Claim Duit Perjalanan Balik Mengundi Sempena Pilihanraya PRU14
Berikut adalah antara gaya dan gelagat yang mewarnai sekitar proses penamaan calon sebelum rakyat Malaysia memilih pada 9 Mei ini.
Penyokong Barisan Nasional melemparkan senyuman di luar Pusat Sivik Petaling Jaya.
Akbal Singh, 55, menggayakan pakaian yang diperbuat daripada bendera DAP, PKR dan Amanah.
Penyokong PKR menyaksingan tarian tradisional Barongan pada hari penamaan calon di Yong Peng, Johor.
Penolong Setiausaha Wanita DAP (dua dari kiri), Young Syefura Othman (dua dari kiri) bergambar bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. - Twitter
Nurul Izzah Anwar (kiri) disertai oleh Dr Norlela Ariffin meninggalkan pusat penamaan calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara di Bukit Mertajam, pulau Pinang.
Datuk Seri Azalina Othman Said (tengah) dan Datuk Shake (dua dari kanan) bersama penyokong di Dewan Kejora Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor.
Azwan Ali bertanding di kawasan DUN Bukit Antarabangsa menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali. - Bernama
Sumber: mStar Online
Post a Comment