“Dah 56 tahun takkan la saya tak tahu agama” – Ogy Ahmad Daud

“Dah 56 tahun takkan la saya tak tahu agama” – Ogy Ahmad Daud

Fauziah Ahmad Daud dikecam gara-gara bergambar berlatar belakangkan tanda salib ketika berada di Perth, Australia.

“Dah 56 tahun takkan la saya tak tahu agama” – Ogy Ahmad Daud
“Dah 56 tahun takkan la saya tak tahu agama” – Ogy Ahmad Daud
TINDAKAN pelakon Fauziah Ahmad Daud yang memuat naik gambar berlatar belakangkan tanda salib ketika bergambar di Kings Park and Botanic Garden, Perth Australia pada Selasa lalu mengundang kecaman dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

Ada segelintir menyifatkan perbuatan itu kurang manis dan tidak sesuai sebagai seorang umat Islam.

ARTIKEL MENARIK: “Please cari orang lain…”- Ditegur peminat, Khai Bahar diminta supaya jauhkan diri dari Elfira Loy


Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan Ogy menerusi Instagram miliknya menjelaskan tuduhan itu seolah-olah memberi gambaran dia seorang yang rosak akidah.

“Kecoh pasal gambar saya berlatar belakangkan salib dan macamlah saya ni punah akidah segala macam.



Foto Ogy bersama teman berlatar belakangkan tanda salib menjadi perhatian pengikutnya.

“Agak-agaklah, saya dah 56 tahun, takkan la saya tak tahu agama,” katanya menerusi video di Instagram miliknya.

Ogy berada di Perth bagi menjalani pemggambaran drama bersiri Rahsia Hati Perempuan arahan Michael Ang.


Sementara itu, Ogy menerusi kapsyen video tersebut memberitahu dia tidak akan bertoleransi dengan perkara yang disifatkan tidak berfaedah.

“Saya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perkara yang bukan-bukan dan saya biar saya bercakap terus kepada muka anda.



Ogy ke Australia bagi menjalani penggambaran drama bersiri Rahsia Hati Perempuan.

“Jika anda tidak faham bahasa Inggeris cari seseorang untuk terjemahkan kepada anda,” tulisnya.

Sebelum itu, menerusi gambar tersebut, Ogy turut menegur pengikutnya yang mempersoalkan mengenai gambar berkenaan dan menjelaskan tanda salib itu tidak mengugat imannya.

“Apanya yang kurang elok? Tak tergugat pun iman saya. Tak berpaling pun saya dari agama Allah.

“Jadi apa masaalah awak ni? Tak elok bagi awak jangan tengok nanti tak pasal-pasal awak berdosa kerana berfikiran yang bukan-bukan terhadap saya. Sekian. Terima kasih. Assalamualikum,” tulisnya.

Sumber: Sumber


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post