“Bukan salah pekerja kami tapi sistem…” – Selebriti kecewa terhadap AirAsia, ini respon Tony Fernandes

“Bukan salah pekerja kami tapi sistem…” – Selebriti kecewa terhadap AirAsia, ini respon Tony Fernandes

Baru-baru ini, selebriti popular Datuk AC Mizal meluahkan rasa kecewa di laman media sosial miliknya terhadap kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kerana bagasinya yang kemek.

“Bukan salah pekerja kami tapi sistem…” – Selebriti kecewa terhadap AirAsia, ini respon Tony Fernandes
“Bukan salah pekerja kami tapi sistem…” – Selebriti kecewa terhadap AirAsia, ini respon Tony Fernandes







ARTIKEL MENARIK: [10 FOTO] SEDONDON! Fasha Sandha & Jejai Di Majlis Hari Jadi Anak Lelaki Mereka! Happy Birthday 🎊🎉




Perkongsian berkenaan mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang tampil membalas kenyataan menerusi video live di laman Facebook miliknya, semalam.

VIDEO :


“Sepatutnya dia menghubungi saya mengenai perkara ini. Kejadian tersebut bukanlah salah pekerja kami tapi sistem beg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang curam.


“Kami sudah berbincang dengan pihak KLIA2 untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya di dalam video  berdurasi 10 minit itu.

Tambah Tony, beliau juga meluahkan rasa kesal dengan sikap selebriti tersebut kerana bertindak menyalahkan pekerjanya yang hanya menjalankan tugas.





“Terus menyalahkan pekerja kami adalah salah dan dia sepatutnya lebih tahu sebagai seorang selebriti. Check dulu.

“Pihak kami juga turut menyiasat perkara ini dengan pekerja yang terlibat dan lihat bagaimana boleh membantu mereka,” katanya lagi.

Sumber : Tony Fernandes
Kredit; Ohmymedia

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post