Budak 6 tahun maut di bunuh teman lelaki ibu

Budak 6 tahun maut di bunuh teman lelaki ibu

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mati dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kangar semalam.

Budak 6 tahun maut di bunuh teman lelaki ibu
Budak 6 tahun maut di bunuh teman lelaki ibu

Mangsa, Muhammad Rayyan Hidayat sebelum itu dibawa oleh pasangan tersebut ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dengan mendakwa kanak-kanak malang itu terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias berkata, walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut disahkan telah meninggal dunia pukul 4.07 pagi.

ARTIKEL MENARIK: Rapidkl respon tuduhan langgar wanita mengandung


Katanya, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam-lebam pada tubuh mangsa yang dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

“Kita juga akan menjalankan siasatan terhadap ibu kanak-kanak tersebut sama ada terlibat atau bersubahat dalam kejadian itu.

“Kita dapati, kanak-kanak tersebut bukan terjatuh sebaliknya atas perbuatan yang menyebabkan kematian berdasarkan kesan-kesan lebam di badan.

“Kedua-kedua suspek itu ditangkap di hospital berkenaan dan kita sedang mendapatkan perintah reman terhadap mereka pagi ini, “ katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak sekian lama dan tinggal bersekudukan di rumah sewa wanita tersebut di Abi Tok Hashim.

Katanya, hasil siasatan, pihaknya juga mendapati lelaki tersebut yang berasal dari Kedah mempunyai sebanyak 12 kes jenayah lampau berkaitan curi kenderaan.


“Kita akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk menemu bual jiran-jiran, bapa dan Tabika tempat kanak-kanak tersebut belajar bagi mengenal pasti adakah dia mengalami kemurungan sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, dalam satu Facebook yang dipercayai milik bapa kandung kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa lelaki itu memohon maaf atas segala yang berlaku selain tidak menyangka yang mangsa ‘pergi’ terlebih dahulu.

Kata lelaki itu, kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan lepas.

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post