Billboard Besar Aibkan Nama Neelofa Jadi Tanda Tanya

Billboard Besar Aibkan Nama Neelofa Jadi Tanda Tanya

Nampaknya nama Neelofa dijadikan sebagai bahan untuk mempromosikan nama syarikat dan produk di nagara ini.

Billboard Besar Aibkan Nama Neelofa Jadi Tanda Tanya
Billboard Besar Aibkan Nama Neelofa Jadi Tanda Tanya
Sebuah syarikat yang terkenal dengan melahirkan usahawan kosmetik dan penjagaan kulit di bawah label sendiri dikenali sebagai JenamaSendiri.com memasang papan tanda (billboard) mengaibkan nama pelakon dan usahawan muda Neelofa.

Menurut seorang pengguna media sosial, papan tanda itu dipasang di sepanjang Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor. Papan tanda itu memaparkan imej sampul surat ditujukan kepada Neelofa.

ARTIKEL MENARIK: “Jangan Sampai Kami Boikot Macam Tudung Zouk!” – Didakwa Tiru Fesyen Neelofa, Vivy Yusof Ditegur Netizen?





“Dear Neelofa, Sesungguhnya Zoo Lebih mulia daripada Zouk. Dakwah Ikhlas dari Jenamasendiri.com”
Apakah sebenarnya yang mereka cuba sampaikan dari Billboard ini? Syarikat ini seolah-olah mengambil kesempatan dari isu kontroversi majlis pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa di Zouk sebagai strategi pemasaran mempromosikan syarikat mereka.


Bagi kami, papan tanda selayaknya diajaikan salah satu alat komunikasi untuk menerangkan kepada pengguna bukannya mengaibkan mana-mana nama pihak tertentu. Yang menjadi persoalan, bagaimana billboard ini boleh diluluskan oleh pihak berkuasa?

“Adik saya baru 17 tahun… jangan kritik dia” – Neelofa

loofa%20ameera.ashx?w=620&h=413&crop=1&


Neelofa meminta agar adiknya, Nur Ameera Khan diberi ruang untuk memperbaiki dirinya. Foto Instagram @littlemisskhan

SEMENJAK akhir-akhir ini, adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Nur Ameera Khan sering menjadi bualan ramai selepas tindakannya memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung selain imej seksinya yang mendapat perhatian netizen.

Setiap gerak-geri gadis berusia 17 tahun itu sentiasa menjadi perhatian sehingga ia turut mengaitkan nama keluarga dan Neelofa sendiri apabila ada yang tidak berpuas hati terhadapnya.

Neelofa yang diminta mengulas mengenai Ameera berkata, adalah tidak adil segelintir pihak mengheret ahli keluarga terutama adik kesayangannya itu kerana mereka bukan selebriti.

Malah kata pemenang trofi Top Top MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) itu, dia berharap netizen tidak terus menerus mengkritik adiknya itu hanya kerana kesalahan dilakukannya.

“Dia baru sahaja berusia 17 tahun, saya rasa perlu bagi dia ruang untuk menjadi lebih matang dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan.

Ameera sentiasa menjadi perhatian.


“Tidak adil untuk terus menerusi mengkritiknya,” katanya.
Bagaimanapun kata Neelofa, dia sebenarnya bangga dengan Ameera kerana adiknya itu kuat semangat berhadapan dengan setiap kritikan terhadapnya.
“Saya bangga dengan dia kerana dia sangat kuat… lagi kuat daripada saya sebenarnya.
“Saya sendiri tak rasa dapat jadi sekuatnya jika perkara ini berlaku ketika saya seusianya,” ujar Neelofa.
Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia berharap dapat menjadi inspirasi kepada adiknya itu dalam melakukan perkara baik dalam hidup pada masa hadapan.

Neelofa dan Khai Bahar pemenang utama Anugerah MeleTOP 2018.


“Banyak yang dia tengok dan belajar daripada saya dan sebagai kakak saya harap boleh terus memberi inspirasi kepadanya untuk buat perkara yang baik dalam hidupnya,” katanya lagi.

Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Neelofa berkata, dia bakal terlibat dalam sebuah kempen anti buli siber pada minggu hadapan.

Katanya, dia berharap dengan penglibatannya dalam kempen itu dalam memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang salah guna sosial media.

“Saya harap kempen ini akan tular dan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak menyalahgunakan sosial media untuk mengecam dan mengkiritik orang lain.

“Kita akan memfokuskan kepada pelbagai sudut dan perkara ini sangat penting kerana buli siber semakin membimbangkan,” katanya.



Orang nak lihat saya ‘jatuh’ – Neelofa

NEELOFA: "Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi 'jatuh' dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri. - Gambar fail


NEELOFA: “Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi ‘jatuh’ dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri. – Gambar fail
KEJADIAN pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor, tergelincir dan hampir terjatuh ketika mengendalikan Anugerah MeleTop Era 2018 (AME), Ahad lalu menjadi perhatian ramai.

Dek kerana peristiwa itu, ada beberapa netizen yang berharap agar wanita itu benar-benar terjatuh tanpa sempat menyelamatkan diri atau diselamatkan oleh sesiapa.

Bagaimanapun pelakon yang bakal muncul dengan drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari ini tidak terkesan dengan kata-kata netizen.
“Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi ‘jatuh’ dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri.

“Namun ia tidak jadi kenyataan dan mungkin sebab itu mereka rasa lebih tak puas hati,” katanya.

Sumber – Hangat.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post