Bayi perempuan 6 bulan ditemui dalam kotak di pondok bas

Bayi perempuan 6 bulan ditemui dalam kotak di pondok bas

Seorang wanita berusia 44 tahun menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam kotak di sebuah pondok perhentian bas Rastamas, Batu 3 1/2 Jalan Apas Tawau, Sabtu lalu, lapor BES Tawau FM.

Bayi perempuan 6 bulan ditemui dalam kotak di pondok bas
Bayi perempuan 6 bulan ditemui dalam kotak di pondok bas
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, wanita yang juga pengadu memaklumkan dia menjumpai bayi perempuan itu di dalam kotak kira-kira jam 9.30 malam, sebelum membawa bayi itu ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut.

Menurut Fadil, wanita itu baru saja turun dari bas di hadapan pondok perhentian bas tersebut dan terdengar suara tangisan bayi yang datang dari sebuah kotak yang diletakkan di tempat duduk. Wanita itu kemudian terus pergi memeriksa kotak itu dan terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan di dalamnya.

"Pengadu turun dari bas di hadapan tempat kejadian untuk pulang ke rumah di Rastamas. Pengadu terdengar suara bayi menangis yang datang dari arah sebuah kotak yang diletakkan di tempat duduk perhentian bas," katanya.

ARTIKEL MENARIK: Kastam Sahkan Pelepasan GST Pada Syarikat China, Sijil Pelepasan GST Tular Di Media Sosial


Bayi perempuan yang memakai baju berwarna merah jambu itu turut ditemui bersama dengan sebuah beg yang mengandungi barangan bayi. Wanita yang tidak dinamakan itu kemudian terus bayi berkenaan dengan barangannya ke balai polis.

Bayi berkenaan seterusnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan. Doktor menjangka bayi itu berusia sekitar 6 hingga 12 bulan dengan berat 12 kilogram.

Tiada sebarang kecederaan fizikal yang ditemui pada tubuh badan bayi itu dan hanya terdapat alahan pada kulit di bahagian leher dan celah kangkang.



1.jpg

2.jpg

3.jpg

4.jpg

Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Tawau untuk pemerhatian lanjut dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Fadil berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. 

via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post