Ajal pasang jerat burung merbuk

Ajal pasang jerat burung merbuk

“KETIKA berada di atas motosikal, saya terdengar bunyi letupan disusuli jeritan, dan ternampak percikan api menyambar tiang besi yang digunakan untuk menjerat burung.”

Ajal pasang jerat burung merbuk
Ajal pasang jerat burung merbuk
Begitu cerita Mohamad Noorazuan Ramli, 26, mengenai kejadian malang yang meragut nyawa.adik tirinya Mohamad Aidil Adha Zulkifli, 20.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Aidil yang berasal dari Kampung Jarak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang maut serta merta akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang jerat burung merbuk, dalam belukar berhampiran Taman Lagenda, Padang Serai, Kulim, petang semalam.

ARTIKEL MENARIK: Pemilik motorsikal yang digunakan suspek buka mulut


Menurut Noorazuan, dia bergegas mendapatkan pertolongan daripada bapa saudaranya yang tinggal berdekatan.

“Saya tidak berani menghampiri mangsa kerana takut arus elektrik masih ada di kawasan terbabit,” ujarnya.

“Pihak polis serta kakitangan ambulans yang tiba ke lokasi mengesahkan Aidil sudah meninggal,” katanya ketika di temui di Bilik Forensik Hospital Kulim, malam tadi.

Menurut Noorazuan, arwah baru sebulan tinggal bersamanya di sini selepas berhenti kerja di Selangor.

Katanya jika ada masa lapang dia dan arwah akan keluar menjerat burung merbuk sebagai hobi.


“Hari ini (semalam) kami keluar dari rumah kira-kira 7 pagi bagi menjerat burung di sekitar kawasan taman ini.

“Kami berdua tidak sedar yang ada kabel elektrik di kawasan terbabit kerana tiada papan tanda amaran,” katanya lagi.

Noorazuan, yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata dia amat terasa kehilangan Aidil kerana mereka berdua sangat rapat.

Jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Jarak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika di hubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kes di siasat sebagai laporan kematian mengejut.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post