Siapa kata tak sempurna fizikal tak boleh berjaya?
Korang masih ingat lagi tak ada seorang pelajar perempuan yang both kaki dia pernah kena gilis dengan lori dua tahun lepas kat Sabak Bernam?
Adik Siti Nuraisyah, Yang Kehilangan Kaki Setelah Digilis Lori 2 Tahun Lepas Kini Menjadi Atlet Paralimpik! |
ARTIKEL MENARIK: Lucu! Oleh kerana tidak suka dengan anak tuannya, anjing ini rela berlakon dengan berpura-pura mati
loading...
Dua tahun berlalu sejak kemalangan ngeri tu, adik Siti Nuraisyah Sahrin yang dulu sempurna fizikal tiba-tiba kudung dua-dua belah kaki.Siapa tak sedih kalau benda macam tu jadi kat diri sendiri, tapi Siti tak mudah mengalah. Semangat dia memang luar biasa!
Dalam masa yang singkat, Siti biasakan diri dengan fizikal baru dan dapat jadi atlet paralimpik berjaya pulak tu. Wow, dahsyat ni!Siti aktif dalam sukan angkat beratand dah aktif jadi atlet paralimpik sejak 2016 lagi.
Siti berjaya raih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan tahun 2016, 2017 dan suku pertama 2018. Siti juga wakil tunggal Selangor dan peserta termuda dalam pertandingan tu tau!
Siapa sangka lepas tragedi yang menimpa, haluan hidup Siti berubah jadi atlet sukan yang bukan sahaja mengagumkan tapi berjaya mengharumkan nama negara.
“Ibu bapa, kawan-kawan dan cikgu sekolah banyak bagi kata-kata semangat. Mereka selalu nasihatkan saya jangan sesekali berputus asa,”kata Siti.
“Ketika kejadian, saya sedar kaki tiada dan tidak pernah rasa trauma hingga sekarang.”
Bapa tiri Siti sendiri kagum dengan semangat luar biasa Siti ni. Katanya dia bersyukur sangat sebab Allah kurniakan kekuatan pada anak dia untuk harungi musibah dan dapat terima kekurangan diri dengan baik.
“Ecah (nama panggilan Siti) cepat pulih, kalau orang lain dah meraung tapi Ecah tak menitiskan air mata langsung…memang dia seorang yang kuat,” kata Roslan, bapa tiri Siti.
“Jangan anggap anak ini memalukan keluarga kerana mereka sebenarnya boleh berjaya. Jadi, kita perlu bawa dia ke depan dan jangan berasa malu. Beri anak ini semangat dan harapan agar dia boleh maju dan menjadi seorang yang berjaya.”
Wah, memang luar biasa semangat adik Siti ni!
Sumber – Moh Sembang
Sumber Katak Pisang
Post a Comment