4 Artis Malaysia Yang Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Pada Tahun 1990

4 Artis Malaysia Yang Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Pada Tahun 1990

Malang itu sesungguhnya tidak berbau dan kita sebagai manusia tidak akan dapat lari daripada qada’ dan qadar ALLAH SWT yang telah ditetapkan buat kita.

4 Artis Malaysia Yang Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Pada Tahun 1990
4 Artis Malaysia Yang Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Pada Tahun 1990

Kali ini MH mahu berkongsi kisah sedih dan tragis yang dialami oleh empat selebriti negara kita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1990.

ARTIKEL MENARIK: ‘Termuat Naik’ Gambar Alat Sulit Di Instagram Ini Penjelasan Zul Ariffin


1. Zaiton Sameon





Penyanyi popular, Zaiton Sameon pernah mengalami kemalangan jalan raya pada 21 Februari 1990 yang telah meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun.

Kemalangan tersebut berlaku di Batang Kali, Selangor di mana kenderaan yang dinaiki oleh mereka telah dilanggar oleh sebuah lori.

Selain daripada anaknya, pemuzik yang mengiringi Zaiton, Ismail Shaari juga turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

2. Man Kidal



Tanggal 18 Jun 1990, merupakan sejarah hitam buat pemain gitar popular, Man Kidal kerana telah kehilangan anak bongsunya, Syafida yang pada ketika itu berusia 18 bulan dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Kemalangan itu berlaku di Gombak, Selangor dan melibatkan dua buah kenderaan. Salah sebuahnya adalah kenderaan yang dinaiki oleh Man Kidal.

Kereta yang dinaiki mereka dipandu oleh pemain drum kumpulan Letfhanded, Man Dayak dan tiga lagi ahli keluarga Man Kidal iaitu isteri, anak sulung dan adik iparnya.

Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan kecuali anak bongsu Man Kidal.

3. Azmeer (komposer) & Ramlah Ram

 


Pada 19 Jun 1990, penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Ramlah Ram dan komposer terkenal, Azmeer telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk keluar makan.


Selain Azmeer dan Ramlah, sepupu kepada penyanyi itu juga turut bersama mereka, Hamdan Harun yang memandu kenderaan yang dinaiki oleh mereka.

Kemalangan tersebut berlaku pada jam 11.30 malam di Jalan Damansara dan akibat daripada kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan telah mengalami cedera parah di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca manakala Ramlah dan Hamdan hanya mengalami cedera ringan.



Buat mereka yang telah pergi buat selama-lamanya dalam kemalangan yang berlaku ini, MH doakan agar roh mereka sentiasa tenang di samping penciptaNYA. Al Fatihah

Kredit -  Media Hiburan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post