Kami paparkan kes ini supaya lebih ramai beringat ingat dan berhati hati. Ada kejadian ini berlaku waktu puan puan semua masih sekolah, tak baca surat khabar jadi tak tahu. Dulu dulu belum ada laman media dan internet untuk mendapatkan maklumat kecuali melalui surat khabar, radio dan tv.
15 Kes Berat : Culik, Bunuh & Rogol Sebelum Zaman Media Internet |
Pengalaman saya sendiri pun ada, ketika menjaga anak di wad kanak kanak, di katil hujung bayi 9 bulan telah dirogol oleh anak lelaki pengasuh. Katil hujung sini pulak kes Kanak kanak berumur 4 tahun dirogol oleh bapa tiri. Masa tu takde media sosial, jadi cerita ni tak heboh.
ARTIKEL MENARIK: Laman Web Palestin Muat Naik Video Keadaan Dr. Fadi Selepas Ditembak
Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.
1.Pada 18 Mei 1999: Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
2.pada 7 Oktober 2000: Klang Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi . Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
3.Pada 23 Oktober 2000: Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.
4.pada 14 Februari 2001: Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah . Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.
5.pada 3 Julai 2001: Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka .
6.pada 13 Ogos 2001:seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong .
7.pada 1 April 2002: Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang
8.pada 8 Oktober 2002: Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang .
Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
9.Pada 6 November 2002: Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.
Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
10.pada 5 Disember 2003: Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur . Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh.
11.Pada 13 Jun 2003: Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
12.pada 8 Januari 2004: Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
13.Pada 17 Januari 2004: seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.
14.pada 23 November 2004: Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh kejam .
15.pada 22 Disember 2004: Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu .
Pada pendapat pemberita , hal sebegini harus dipandang berat. Ibu bapa, adik beradik dan masyarakat harus bersama-sama bersatu dan mengawasi antara satu sama lain. Hukuman bagi kes rogol atau cabul mahupun gangguan seksual harus digubal supaya hukuman yang lebih berat kepada mereka yang didapati bersalah.
Eberita
Post a Comment