Bagaimana dengan ‘wish list travel’ anda? Mampu direalisasi atau sekadar anganan?
10 Gambar Menjadi Lokasi Dunia Terbaik Dinobatkan National Geographic – Anda Harus Pergi!! |
Jom, saksikan 10 gambar terbaik dengan lokasi yang memaparkan budaya setempat yang kaki jalan harus sampai satu hari nanti.
ARTIKEL MENARIK: Cara Daftar Mengundi Dan Buat Semakan Lokasi Buang Undi Melalui Online 2018
1) Budelli Island, Itali
Mauro Morandi tinggal di pulau ini keseorangan selama 28 tahun. Bagaikan cerita di layar perak tapi ini kisah benar. Ada sesiapa yang berani sepertinya?
2) Tunisia
Kanak-kanak perempuan sedang mengintai menerusi tingkap kaca yang dipercayai telah di bina pada 500 tahun masihi. Wow! Masih kukuh ya.
3) Mexico
Memang ada jadual meraikan perkahwinan di Oaxaca City di jalanan. Ayuh! Ini budaya setempat yang tidak harus dilepaskan.
4) Mozambique
Suka pemandangan waktu senja? Anda harus ke Mozambique yang menawarkan udara hangat serta berenang dalam lautan rona kemerah-merahan.
5) Itali
Peminat fesyen harus ke sini dengan The Duomo yang menjadi ikon Milan. ‘Selfie’ lah sepuasnya menandakan anda peminat fesyen sejati.
6) Ethiopia
Bazar lama di Harar’s Ethiopia ini menjadi tumpuan pelancong kerana warna pakaian wanita beserta binaan di sana sungguh menyerlah.
7) Morocco
Selain peradaban Islam, Morocco juga syurga buat pencinta lautan dengan paraglider, surfer akan mengunjungi pantai Legzira bagi mencabar adrenalin.
8) Iran
Seni bina masjid, warna, permaidani dan teknik pencahayaan yang juga daya tarikan di sini.
9) Sepanyol
Seorang lelaki meluncur di atas tomato di sebuah pesta La Tomatina, Sepanyol.
10) India
Penghantar makanan sedang mengagihkan makanan kepada penumpang kelas kedua keretapi Vivek. Jika tak berani, eloklah kita tengok rancangan National Geographic saja.
Benarlah kata orang, biarkan gambar bercerita. Jadi, ke mana destinasi anda 2018?
Sumber :https://explorasa.cari.com
Post a Comment