Wanita saman restoran RM5.86 juta lepas kepalanya ditonyoh dengan payudara penari pondan ketika makan

Wanita saman restoran RM5.86 juta lepas kepalanya ditonyoh dengan payudara penari pondan ketika makan

SEORANG wanita di Florida, Amerika Syarikat menyaman sebuah restoran di Tampa AS$1.5 juta (RM5.86 juta) selepas mendakwa dia cedera akibat terkena payudara seorang mak nyah ketika sedang menikmati makan malam pada 2015.

Wanita saman restoran RM5.86 juta lepas kepalanya ditonyoh dengan payudara penari pondan ketika makan
Wanita saman restoran RM5.86 juta lepas kepalanya ditonyoh dengan payudara penari pondan ketika makan
Neldin Molina berkata, dia berada di Hamburger Mary’s du Tampa pada 30 Mei 2015 kerana menyambut ulang tahun kelahiran rakannya sewaktu kemalangan itu berlaku, lapor Fox 4 Now.

Katanya, dia pertama kali makan malam di restoran tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Semua Orang Sangat Gembira Ketika Berjaya Menangkap Udang Galah Gergasi, Tetapi Sebaik Sahaja Kapten Kapal Melihat Udang Tersebut Dia Berkata: “Kita Tidak Boleh Makan Udang Ini…”

loading...

Molina mendakwa dia sedang makan ketika insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 8.45 malam, alunan muzik pun bermula dan pelanggan turut bertepuk tangan selepas pengumuman persembahan ratu mak nyah dibuat.

Menurut laporan Orlando Sentinel, restoran berkenaan cukup popular dengan persembahan mak nyah.

Selepas beberapa ketika, Molina mendakwa penghibur, Amanda D’Hod datang ke mejanya, tetapi Molina mengendahkan D’Hod.


Kemudian, penari tersebut berpatah balik, ‘menyambar’ kepalanya dan ‘mengoyang-goyangkan’ payudaranya ke wajah dan kepala plaintif sebanyak lapan kali.

Selepas insiden itu, Molina membuat aduan kepada pengurus restoran mendakwa dia mengalami sakit yang ‘mengazabkan’.

Dia juga mendakwa telah pergi ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan sakit kepala tidak boleh kawal dan kesakitan serviks yang teruk.

Jumlah saman yang dikemukakan itu adalah bagi membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang, termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya.

Aduan tersebut turut mendakwa pihak restoran gagal memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang risiko bahaya yang mungkin dihadapi ketika makan di restoran berkenaan. – Foxnews

Sumber: Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post