Wani Kayrie terkejut dapat 7A dalam peperiksaan SPM, luah rasa syukur di Instagram

Wani Kayrie terkejut dapat 7A dalam peperiksaan SPM, luah rasa syukur di Instagram

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi batch tahun 2000 kerana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan pagi tadi.

Wani Kayrie terkejut dapat 7A dalam peperiksaan SPM, luah rasa syukur di Instagram
Wani Kayrie terkejut dapat 7A dalam peperiksaan SPM, luah rasa syukur di Instagram

Penyanyi remaja, Wani Kayrie merupakan antara salah seorang calon SPM yang telah berjaya merangkul keputusan yang cemerlang iaitu 7A.
Terkenal dengan lagu Jangan Jangan, beliau berasa lega apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM telah membuktikan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pelajarannya biarpun aktif dengan dunia nyanyian.

ARTIKEL MENARIK: ‘Cakap Biar Macam Perempuan Cerdik’ – Rita Rudaini Berang Dituduh Aibkan Bekas Suami!

loading...

Wani merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya merupakan pelajar aliran seni telah memperoleh keputusan 7A dalam iaitu subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Information and Communication Technology (ICT), dan Tasawwur Islam.
Manakala subjek Matematik memperoleh keputusan B dan C+ bagi subjek Perakaunan.
Tambah Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, beliau bersyukur dengan keputusan yang diterima walaupun tidak mencapai sasaran untuk mendapat keputusan A dalam semua subjek.
Beliau juga telah memuat naik video di Instagram Story dengan perasaan terharu ketika menghubungi ibunya mengenai keputusan yang diperoleh.


Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Wani yang telah memperoleh kejayaan dalam SPM.
Tahniah Wanie. Semoga terus sukses di masa akan datang.
sumber : ohmymedia.cc

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post