Tersalah Hantar Gambar Di Bilik Persalinan Kepada Bapa Enam Anak, Ini Balasan Wanita Ini Dapat! Sangat Tak Sangka

Tersalah Hantar Gambar Di Bilik Persalinan Kepada Bapa Enam Anak, Ini Balasan Wanita Ini Dapat! Sangat Tak Sangka

SEORANG wanita mendapat balasan yang tidak disangka-sangka gara-gara menghantar mesej bergambar ke satu nombor telefon yang salah.

Tersalah Hantar Gambar Di Bilik Persalinan Kepada Bapa Enam Anak, Ini Balasan Wanita Ini Dapat! Sangat Tak Sangka
Tersalah Hantar Gambar Di Bilik Persalinan Kepada Bapa Enam Anak, Ini Balasan Wanita Ini Dapat! Sangat Tak Sangka
Sydney yang mahu menghantar gambarnya kepada seorang rakan, tersilap menghantar tiga keping gambar dirinya memakai gaun labuh yang dicubanya kepada seorang bapa dengan anak enam di Tennessee, Amerika.

Bagaimanapun, Tony tidak menjawab ‘maaf, salah nombor’, sebaliknya membalas dengan ayat manis: “Saya percaya mesej ini untuk orang lain. Isteri saya tiada di rumah, jadi saya tak boleh tanya pendapatnya, tetapi saya dan anak-anak rasa kamu nampak sangat cantik memakai pakaian ini! Kamu mesti pilih yang ini!.”

ARTIKEL MENARIK: 'Camne Nak Bunuh Diri Yang Tak Sakit? Gantung Guna Tali Atau Tembak?'

loading...

1.jpg

Tony membalas teks itu bersama gambar lima anaknya menunjukkan tanda ‘bagus’ terhadap gaun yang dipakainya.

Comel Kan? Tapi cerita ini tidak terhenti setakat itu.

Kawan Sydney, Mandi, berasa sangat terhibur dengan pertukaran mesej itu dan menulis tentangnya di Twitter.

“Syd tak sengaja menghantar gambar pakaiannya kepada nombor yang salah dan ini yang dibalas mereka,” tulis Mandi.


Serta-merta, tweet itu tular, mendapat hampir 175,000 tweet dan 700,000 ‘favourite’ pada masa penulisan.

2.jpg

Kisah itu akhirnya kembali ke pengetahuan Tony, yang menjawab: “Rupa-rupanya kamu telah membuatkan anak-anak saya terkenal di Twitter! Anak saya yang kedua terakhir (tiada dalam gambar, berada di hospital) berjuang dengan leukemia dan mempunyai laman FB yang membolehkan salah seorang daripada pengikut mengecam gambar kanak-kanak ini. Apa-apa pun isteri saya setuju gaun itu nampak cantik!.”

Seorang pengguna Twitter kemudian menjejaki laman GoFundMe keluarga itu, yang mana mereka sedang berusaha mengumpul dana untuk rawatan anak mereka Kaizler.

“Harap ada keajaiaban di Twitter. Di bawah ini adalah pautan GoFundMe untuk rawatan leukemia Kaizler,” mereka menulis.

Halaman GoFundMe untuk keluarga ini dibuka dua tahun lalu tetapi sebelum tweet dibuat oleh Mandi matlamat untuk mengumpul AS$10,00 tidak dicapai.

Pada masa ini, dana terkumpul sebanyak AS$30,567.

Kisah ini membuktikan kuasa internet untuk melakukan banyak kebaikan

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post