‘Siti Aafiyah Pelengkap Hidup Kami’ – Siti Nurhaliza Umum Nama Anak

‘Siti Aafiyah Pelengkap Hidup Kami’ – Siti Nurhaliza Umum Nama Anak

Abg “Ting Ting Tang Ting Tara Ting Ke Ting Tang Ting” masih terngiang-ngiang di telinga jika teringatkan wajah si Comel Pipi Merah.

‘Siti Aafiyah Pelengkap Hidup Kami’ – Siti Nurhaliza Umum Nama Anak
‘Siti Aafiyah Pelengkap Hidup Kami’ – Siti Nurhaliza Umum Nama Anak
Kini berakhir sudah spekulasi orang ramai mempersoalkan nama anak sulung penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Penyanyi nombor satu negara itu telah mengumumkan secara langsung menerusi laman Youtube rasmi Siti Nurhaliza bermula jam 9 malam tadi, 25 Mac 2018.

ARTIKEL MENARIK: [LIVE VIDEO] Majlis Aqiqah & Tahnik Fatimah Az-Zahra

loading...

Siti Aafiyah Binti Khalid M. Jiwa

Hasil carian imej untuk Siti Aafiyah Binti Khalid M. Jiwa


Siti mengumumkan buah hatinya bersama Datuk Khalid M. Jiwa itu bernama Siti Aafiyah Binti Khalid M. Jiwa Pada waktu yang sama dengan pengumuman itu, Siti memuatnaik video yang mendedahkan wajah sepenuhnya sang putri yang sedang tertidur sambil tersenyum indah diiringi lagu “Comel Pipi Merah”

Sebelumnya, orang ramai sudah mengetahui nama sementara anak Siti adalah Fatimah Az-Zahra. Datuk K mengumumkan nama sebenar bayi ini ketika mengadakan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik pada malam ini.
Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran Aafiyah, dan kelahiran Aafiyah. Jiwa sebagai penyejuk hati Siti dan suami.

“Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.”

Mereka sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka selama ini. Hangat.com mengucapkan semoga Allah merahmati mereka semua dan semoga Aafiyah. Jiwa menjadi anak yang solehah, aamiin!

Siti Aafiyah Binti Khalid. Nama Anak Siti Nurhaliza, Maksud Yang Baik-Baik!

Akhirnya segala teka teki terjawab nama Si comel pipi merah yang sebelum ini dikenali sebagai Fatimah Az-Zahra telah mendapat nama betulnya iaitu Siti Aafiyah Binti Khalid.

Melalui sidang media terbuka bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mereka telah mengumukan nama sebenar anak mereka yang membawa maksud yang baik-baik.

Menurut Siti, nama yang diberi atas cadangan suaminya yang mendapat ilham di Mekah.

Tambahnya, ketika berada di sana, suaminya kerap nampak nama Al-Afiah dan apabila berdoa mereka perasan, nama tersebut sering disebut dan terkandung dalam bacaan suci.

dfg.png


Siti sempat melahirkan rasa syukur kerana penantiannya selama 11 tahun tercapai dan segala doanya diperkenan dan termakbul.

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana melahirkan serta membesarkannya termasuk ibu mertuanya.

Bagi situ, Siti Aafiyah Khalid merupakan anugerah paling terindah buatnya.
Malah Siti akui lebih selesa jika anaknya itu memanggilnya dengan gelaran ‘ibu’ dan ingin anaknya itu hidup sebagai seorang yang normal.

ser-2.png

Sekitar majlis Akikah dan Tahnik puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


Menariknya di majlis ini, bukan sahaja tetamu yang hadir dapat meilhat gelagat puteri kesayangan ramai ini tetapi nama si comel pipi merah ini akan diumumkan juga.

Majlis yang dilakukan di kediaman peribadi Siti dan suami ini telah dihadiri oleh kenalan-kenalan serta rakan media terdekat sahaja.

[VIDEO] Sekitar Persiapan Majlis Akikah & Tahnik Puteri Siti Nurhaliza



aerae.jpg


Seperti yang semua tahu, sebentar sahaja lagi majlis majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik puteri kesayangannya Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan berlangsung.

Majlis ini merupakan antara majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat serta media kerana buat julung kalinya kita dapat menyaksikan wajah penuh puteri kesayangan ramai ini.

Bukat itu sahaja, malah malam ini juga semua rakyat Malaysia akan mengetahui siapakah nama penuh si comel pipi merah ini.

Okay tak nak cakap banyak, nah korang tengok sendiri persiapa-persiapa mereka untuk malam ini.
A post shared by 🎥Love to post and repost📷 (@embunreal) on Mar 24, 2018 at 10:53pm PDT

Dalam pada sibuk melakukan persiapan untuk malam ini, Siti juga sempat memuat naik gambar wajah anaknya terkini.
Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Mar 25, 2018 at 4:26am PDT

Sumber: Media Hiburan

[VIDEO] Si Comel Pipi Merah..Datuk Siti Dedah Video Penuh!..Comel 😍😍




DATUK Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. FOTO Ihsan Rozi Abdul Razak

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dibenarkan keluar hospital selepas selamat bersalin anak perempuan, Isnin lalu.

Menerusi perkongsian video pengurusnya, Rozi Abdul Razak, di laman Instagram miliknya, Siti kelihatan ceria dan sihat.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, Siti turut merakamkan terima kasih kepada doktor dan semua jururawat bertugas yang sudah menjaganya sepanjang lima hari.

“Saya nak mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh kakitangan dan keluarga pusat perubatan Gleaneagles terutama kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan yang terbabit membantu dan menjaga saya serta anak saya sepanjang di sini,” katanya.
Menerusi status yang sama, Rozi turut menyatakan kerjasama baik daripada pihak hospital adalah saat yang tidak mungkin dilupakan Siti dan ahli keluarga.
“Terima kasih, semoga khidmat, bakti dan jasa kalian dirahmati Allah. Selamat pulang buat ibu dan anakanda Comel Pipi Merah ke rumah.
“Berehat dan nikmatilah hari-hari bahagia kalian,” tulisnya.

Terdahulu, Siti memilih untuk berpantang selama 44 hari dan dibantu pihak Natalis Mother Care yang menyediakan perkhidmatan berpantang.

Untuk tempoh seminggu ini, bayi perempuan Siti dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum namanya diumumkan secara rasmi selepas hari ketujuh kelahiran.
Bayi perempuan itu adalah anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


Sumber – instagram ctdk

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post