Di Australia, seorang remaja menjadi lumpuh seluruh badan dan memerlukan bantuan penjagaan sepanjang masa setelah menelan seekor lintah!
Setelah Dicabar Rakan Untuk Menelan Lintah, Lelaki Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Buat Selamanya |
ARTIKEL MENARIK: Netizen Kecam Polis Seret Lembu Guna Trak
loading...
Sejurus selepas menelan lintah berkenaan, Sam serta-merta jatuh sakit dan segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Pada waktu itulah, doktor mengesahkan Sam dijangkiti sejenis bakteria daripada cacing parasit.
Cacing ini biasanya ditemui pada haiwan seperti arnab dan tikus tetapi siput dan lintah juga boleh dijangkit bakteria ini sekiranya ia memakan najis daripada tikus atau arnab.
Sam yang pada ketika itu baru berusia 19 tahun telah mengalami eusinophilic meningo-encephalitis dan menjadi koma selama 420 hari serta lumpuh seluruh badannya.
Sementara itu, ibu kandung Sam iaitu Katie Ballard memberitahu betapa hidup mereka sekeluarga berubah setelah Sam jatuh sakit.
“Ia sangat mengecewakan, mengubah hidupnya untuk selama-lamanya, mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.
Selepas tiga tahun terlantar di hospital, Sam akhirnya dibenarkan keluar dan diberikan sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakannya. Rakan-rakannya turut bersama Sam pada hari tersebut bagi memberikan sokongan mereka.
Kini, Sam telah mencapai usia 28 tahun dan seringkali diserang sawan. Menurut laporan daripada Daily Telegraph, Sam juga mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberikan makanan melalui saluran tiub.
Rakan-rakan Sam dan kenalan rapat turut mengumpulkan dana dan sumbangan bagi meringankan beban Katie dalam memenuhi keperluan dan kebajikan Sam.
Di samping itu, Katie turut membuat permohonan kepada Skim Insurans Kelainan Upaya Kebangsaan (NDIS) yang melayakkan Sam untuk menerima pakej bernilai RM917,000 pada tahun 2016.
Namun begitu, pada September tahun lalu, NDIS memaklumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula perancangan dan terpaksa mengurangkan peruntukan Sam menjadi hanya RM229,000.
Pemotongan peruntukan secara tiba-tiba ini membuatkan keluarga Sam terpaksa berhadapan dengan hutang yang banyak! Malah, mereka turut dikhabarkan tidak berkemampuan untuk membayar perkhidmatan jururawat yang dianggarkan berjumlah RM76,000.
Apalah nasib yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini. Buat anda semua, jangan sesekali melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.
Tidak kiralah sama ada menerima cabaran rakan untuk melakukan aksi merbahaya seperti merempit atau melakukan sesuatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada diri atau orang lain, fikir berkali-kali sebelum melakukannya.
Sumber: Era Baru
Post a Comment